Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, Oktober 13, 2013
Indonesia tuduh PDRM pengecut tembak rakyatnya?
Indonesia memprotes insiden berbalas tembak yang mengorbankan empat warganya Jumaat lalu. Laporan tersebut boleh didapati dalam laman Kompas.com.
PDRM juga dianggap mereka sebagai sebuah pasukan yang dianggap ‘senang main tembak’!
” Sepertinya polisi Malaysia bermental pengecut karena sedikit-sedikit menembak. Melumpuhkan, tidak harus membunuh apalagi mereka bukan teroris,” kata Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Moh Jumhur Hidayat di Jakarta.
“Saya mengecam keras tindakan barbar polisi Malaysia yang dengan mudahnya menembak orang hingga tewas,” katanya yang dipetik dari laman web tersebut.
Jumhur menambah, Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur mendapat laporan bahawa empat rakyatnya ditembak mati dalam insiden pukul 12 tengah hari itu.
Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Hafat, pemegang pasport Indonesia bernombor A0649848, Iknoriansyah (U4507980) Hery Setiawan (A4208167) dan Wahyudi (A2640273)
Menurut versi PDRM, kata Jumhur, keempat-empat rakyatnya itu disyaki telah merompak sebuah rumah pagi sebelum kejadian. Polis kemudian, katanya, telah menyerbu rumah suspek di Blok B-15-7, Ampang Hilir Pinggiran, Jalan Ampang Putra, Kuala Lumpur.
Jumhur menambah, pihaknya akan memastikan protes kerajaannya akan disampaikan melalui jalur diplomatik.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan