Sabtu, Disember 14, 2013

Mahkamah Macam Mak Bapak Anwar Yang Punya...!!! Tidak Hadir Kerana Berada Di Washington?


Agak pelik jugalah bagaimana seorang 'penjenayah seks' boleh bergerak bebas kesana kemari tanpa batasan! Menghairankan juga apabila penjenayah seks ini berucap mengenai moral dalam satu simposium anjuran IIIT (International Institute of Islamic Thought) di Washington, DC.

Ram Karpal Singh, salah seorang peguam pasukan guaman kes liwat II berkata, Anwar Ibrahim tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini kerana beliau berada di Washington untuk menghadiri seminar.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membangkitkan perkara ini dalam kamar selepas ketua pembangkang itu gagal menghadirkan diri ke mahkamah pagi ini.

Menurutnya dalam sebarang perbicaraan jenayah, Anwar sebagai responden mesti hadir semasa perbicaraan.


“Kami mengemukakan bantahan atas kegagalan pihak responden untuk hadir. Perkara ini tidak boleh diberikan toleransi,” kata Shafee dilaporkan The Malaysian Insider.

Terdahulu, peguam Tommy Thomas yang mewakili Anwar sekali lagi memohon mengenepikan Shafee bagi mengetuai pihak pendakwaan dan meminta penangguhan kerana memerlukan masa memfailkan afidavit kepada Putrajaya.

Tommy berkata, beliau hanya mendapatkan salinan afidavit pagi ini.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan menetapkan 11 dan 12 Disember sebagai tarikh pendengaran hujah rayuan pihak pendakwaraya dalam kes liwat II.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas Anwar tewas di semua peringkat untuk menggugurkan Shafie mengetuai pasukan pendakwaan tersebut.


Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar, 66, daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang memutuskan terdapat penetrasi zakar namun fakta itu tidak disokong bukti lain.

Oleh itu, Mohamad Diah berkata, mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang kewibawaan sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana ia mungkin diganggu sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: