Ahad, Disember 15, 2013

Pesanan khas buat Rafizi 'The Dirt' - Golongan masih bersama PKR sebenarnya kotor?


Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memutuskan meninggalkan parti itu adalah insan istiqamah, bersih serta tinggi prinsip jati diri kerana tidak rela melihat bangsa, agama dan tanah air tergadai demi nafsu politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas pemimpin PKR, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebaliknya berkata, individu yang masih bersama dengan parti itu merupakan 'kekotoran' sebenar, kerana walaupun sedar kalimah Allah digadai dan orang Melayu diperlekehkan, mereka tetap menyokong Anwar.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa bekas pemimpin yang meninggalkan parti itu sebagai kotor sebagai biadap serta tidak menghormati segala pengorbanan yang dibuat pengasas PKR semasa era 90-an dahulu.

"Saya sebenarnya tidak mahu terpalit dengan isu politik kerana tugas sebagai diplomat tetapi ini pandangan peribadi memandangkan saya bekas pemimpin PKR. Saya perlu buat kenyataan kerana apa yang dikatakan Rafizi itu terlalu biadab sedangkan pengorbanan kami terlalu banyak.


"Pihak yang kotor bukan kami yang meninggalkan PKR. Golongan yang kotor adalah mereka yang masih bersama PKR kerana sanggup melihat bangsa diperlekeh, agama digadai dan negara diburukkan demi kepentingan politik," katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi seperti dipetik melalui portal Malaysia Today yang antaranya menyebut; Thank you for sucking away our dirt dipercayai dituju kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan tindakan ahli PKR keluar parti.

Menurut Zahrain, bekas pemimpin dan pengasas PKR terdahulu yang mengambil keputusan meninggalkan parti itu jauh lebih mengenali belang sebenar Anwar berbanding Rafizi, kerana mereka yang bersusah payah cuba meraih sokongan rakyat ketika PKR mula ditubuhkan.

Beliau yang kini dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia menambah, keputusannya meninggalkan Anwar dan PKR selepas pilihan raya umum 2008 juga mempunyai sebab konkrit iaitu tidak mahu bersekongkol dengan Ketua Pembangkang itu untuk menipu rakyat.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: