Khamis, Disember 26, 2013

Satu lagi kesan dari slogan 'Pas For All' - Abdul Rani anggap guna rostrum salib bukan isu besar?


Sebelum ini tiga orang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad, Dr.Zulkili Ahmad dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, dan kini tersebar pula gambar bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr. Abdul Rani bin Osman masuk gereja.

Yang menariknya Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini, Dr. Abdul Rani Osman menganggap guna rostum bukanlah masalah besar! Beliau mempertahankan tindakannya hadir dalam sebuah majlis anjuran sebuah pertubuhan agama Kristian di Meru malam semalam.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru mengakui pihaknya menyedari rostrum yang disediakan ketika berucap dalam majlis itu mempunyai lambang salib namun perkara itu bukan satu isu besar.

Sebaliknya Abdul Rani menjelaskan, majlis yang dihadiri oleh kira-kira 100 penganut Kristian itu adalah melibatkan pemberian bantuan dan bukannya upacara keagamaan bukan Islam.

''Saya rasa tidak ada masalah (hadir pada majlis tersebut). Saya wakil rakyat di kawasan DUN Meru dan saya mewakili semua rakyat daripada pelbagai kaum dan agama bukannya Islam sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran gambarnya menerusi laman-laman blog yang menunjukkan ADUN Meru itu berdiri di sebuah rostrum yang tertera lambang salib dan memberikan ucapan dalam satu majlis yang dikatakan dianjurkan oleh sebuah persatuan Kristian di kawasan DUN berkenaan.

Merujuk kepada laman Facebook Abdul Rani, beliau didapati turut memuatkan gambar-gambarnya dalam majlis tersebut selain menceritakan pandangan Pastor Moses Savari yang turut hadir pada majlis berkenaan yang memuji kehadiran beliau.

Mengulas lanjut mengenai penyebaran gambar tersebut, Abdul Rani mengakui dalam majlis itu beliau memberikan ucapan antara lain menjelaskan pandangan Islam terhadap agama Kristian kepada para hadirin.

''Saya beritahu mereka (kepada hadirin), nama Nabi Isa disebut sebanyak 25 kali di dalam al-Quran. Selain itu saya turut menerangkan ayat al-Quran dalam surah Hujurat bahawa Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya manusia dapat kenal mengenal di antara satu sama lain," katanya.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

TRUEMAN berkata...

Dia anggap dia dakwah orang... Nampak sangat tak faham perjuangan... Konon nak dakwah tapi kena tipu... tak cerdik zaman ni yang dianggap kuat ialah Kristian.. Kita Islam yang dipandang lemah, lekeh,miskin nak dakwah Kristian yang kaya tuuu dalam gereja ???? Nampak sangat berjuang tanpa ilmu... Tak faham atau tak baca sejarah. Satu lagi bawa ayat " Tuhan cipta kita untuk berkenal-kenal ... boleh diertikan Tak mengapa anda kristian, saya Islam, Dia budha sebab tuhan cipta kita untuk saling kenal mengenal????? Tadi kata nak dakwah tapi bawa ayat ini.... Bertentangan tak??? Nampak sangat mereka nak nuetralkan kita..... Oh yaaa PAS memang nurtral sebab tuhan boleh dilelong-lelonggg... sape nak guna nama Allah boleh digunakan .. mungkin kat tokkong pun boleh... Tak sensitive langsung.. Kalau ikut ulama... orang yang tak sensitive dalam beragama maknanya hati dah mati.... mungkin betul sebab hati orang pas ni dah mati sebab terlalu lama berdendam dengan UMNO. Mereka akan puas bila umno hancur bukannya kasihan kat Umno..