Tweet seorang koresponden bebas dan penerbit berita di Ukraine, Volodymyr Solohub (gambar bawah) lewat malam ini menimbulkan persoalan yang menakutkan.
Dipercayai, mayat mangsa MH17 telah mula dikeluarkan dari tempat kejadian dan dipindahkan dengan menggunakan lori ke lokasi yang tidak didedahkan. Pihak mana yang berbuat demikian tidak diketahui. Apa yang diketahui kawasan itu berada di bawah penguasaan pemberontak pro-Russia.
Apakah mayat akan dibawa ke Moscow? Pemandu lori yang ditahan para pemberita juga memberitahu dia tidak pasti ke mana mayat-mayat berkenaan akan dibawa.
Dengan wilayah di mana kapal terbang berkenaan yang dipercayai ditembak oleh kumpulan pemberontak pro-Russia terus bergolak, perkembangan terbaru ini pasti membimbangkan.
Pasukan penyiasat Malaysia juga belum dibenarkan masuk ke lokasi kejadian tetapi mayat mereka-mereka yang terkorban sudah mula dipindahkan.
Ini mungkin tindakan mahu memadam bukti. Jika mereka boleh menembak kapal awam tanpa rasa bersalah, tidak mustahil mereka boleh memindahkan begitu sahaja semua mayat yang ada tanpa sesiapa dapat melihatnya lagi.
Harap itu tidak berlaku kerana para waris mangsa mesti mahu menatap wajah yang tersayang buat kali terakhir dan mahu mereka dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing.
Masa akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan