Isnin, Julai 21, 2014

CNN panggil balik wartawan yang kutuk Israel?


Semakin hari semakin lantang dan berani wartawan menyuarakan pendapat mereka berkaitan kekejaman dunia.

Sekiranya semalam kita laporkan wartawan Russia Today letak jawatan ekoran tidak setuju dengan perkara yang dilaporkan hari ini pula koresponden antarabangsa CNN, Diana Magnay dipanggil balik dari Israel ekoran tindakan beliau menggelar sekumpulan penduduk Israel sebagai sampah.

Magnay sedang membuat liputan serangan tentera rejim Yahudi ke atas Gaza ketika beliau menulis pada laman Twitter, “Orang Israel di atas bukit di Sderot bersorak ketika bom singgah di #gaza; mengancam akan 'musnahkan kereta kami kalau saya salah cakap'. Sampah."

CNN bertindak segera memanggil balik Magnay dimana beliau kini ditugaskan pula di Russia.

Semakan di akaun Twitter wartawan itu juga menunjukkan tweet berkenaan telah dipadam.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: