Selasa, Julai 29, 2014

Anwar didesak jawab tuduhan?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diminta menjawab tuduhan mengatakan beliau telah mengarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya membeli syarikat konsesi air, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) pada harga RM2.5 bilion berbanding tawaran asal sebanyak RM250 juta.

Ketua Pemuda Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Norizwan Mohamed berkata, Anwar perlu memberi penjelasan kerana tindakan tersebut adalah satu cubaan rasuah dan pecah amanah menggunakan duit rakyat dalam jumlah yang sangat besar.

Norizwan berkata, terdapat beberapa dakwaan yang turut mengaitkan keengganan Abdul Khalid memenuhi permintaan itu menyebabkan desakan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk beliau berundur daripada jawatannya dan digantikan dengan Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail semakin kuat.

"Sebagai penyokong, kami mahu bersangka baik tetapi dakwaan ini terlalu berat apabila sebuah syarikat yang nilainya adalah RM250 juta dikatakan mahu dibeli pada harga RM2.5 bilion iaitu 10 kali ganda lebih tinggi.

"Khabar angin ini tidak boleh dibiarkan, jadi kami mendesak Anwar sendiri memberi penjelasan memandangkan dakwaan mengatakan beliau yang mengarahkan Abdul Khalid supaya membeli dengan nilai yang terlalu tinggi," katanya dalam satu kenyataan kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamarudin dalam pendedahannya mendakwa, Anwar menyokong supaya Splash dibeli dengan harga RM2.5 bilion dan telah mengatur satu pertemuan antara Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah (pemegang 30 peratus saham Splash) dengan Abdul Khalid untuk memastikan transaksi tersebut berjaya.

Raja Petra menerusi portal malaysia-today.net berkata, Abdul Khalid bagaimanapun enggan melakukannya menyebabkan kemarahan Anwar dan juga dikatakan menjadi sebab Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan Kerajaan PKR Selangor akan mengkaji semula perjanjian air di negeri itu selepas Wan Azizah dilantik Menteri Besar. - UMO

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

nodin berkata...

ni semua fitnah semata2 mana boleh pemimpin anugerah tuhan buat macam tu ni mesti umno bn punya kerja kata pecacai angkat taik kahkahkah

nodin berkata...

ni semua fitnah semata2 mana boleh pemimpin anugerah tuhan buat macam tu ni mesti umno bn punya kerja kata pecacai angkat taik kahkahkah