Ahad, Julai 20, 2014

#MH17: Laporan kecurian di lokasi nahas?


Tatkala satu dunia masih meratap pemergian mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17, terdapat laporan yang menyatakan berlaku kecurian di lokasi nahas di timur Ukraine tersebut.

Ekoran laporan tersebut, ramai yang menyuarakan kemarahan terhadap pihak berkuasa Ukraine dan Russia yang ketika ini masih menuding jari sesama sendiri.

Belanda yang kehilangan 192 warganegara mereka akibat nahas tersebut, menyuarakan rasa marah dengan pihak pemisah yang mencuri barang milik mangsa nahas termasuk wang, barang kemas dan kad kredit.

Ada laporan yang menyatakan pihak pemisah memaparkan hasil tangkapan mereka di laman media sosial.

Sementara itu Perdana Menteri Australia Tony Abbot beritahu bahawa pasukan penyiasat daripada Organisation for Security and Co-operation in Europe (OSCE) diberi kebenaran sementara ke lokasi nahas namun ditembak sebaik mereka cuba memerhatikan debris pesawat.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: