Rabu, Julai 09, 2014

Brazil diajar 'bagaimana untuk bermain bola' oleh Jerman?


Brazil mengalami igauan paling ngeri apabila dibelasah Jerman 7-1 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2014 di Estadio Mineirao.

Ketiadaan Neymar dan Thiago Silva jelas satu tamparan hebat buat Brazil yang beraksi di hadapan penyokong sendiri apabila mudah diratah pasukan lawan.

Satu sejarah turut tercipta apabila Miroslav Klose muncul penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia dengan jaringannya yang ke-16, bagi mengatasi koleksi gol legenda Brazil, Ronaldo.

Jerman selesa di hadapan dengan kedudukan 5-0, hanya selepas 29 minit wisel ditiupkan .

Thomas Muller menjaringkan gol pembukaan untuk jaringan kelimanya dalam edisi kali ini, sebelum Klose menolak masuk gol bersejarahnya.


Brazil tidak mempunyai jawapan untuk menyekat hantaran lawan apabila Toni Kroos meledakkan dua gol lagi disusuli dengan jaringan Sami Khedira.

Disebalik tampil dengan lebih positif di awal babak kedua, pemain gantian Andre Schurrle terus menambah derita Selecao apabila dua cubaannya menerjah gawang.

Walaupun di penghujung perlawanan Brazil mendapat gol saguhati menerusi Oscar, tetapi usaha mereka masih tidak memadai untuk menutup keaiban bagi sebuah pasukan yang pernah bergelar juara lima kali ini.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: