Jumaat, Julai 18, 2014

Terkini : Pesawat Malaysia Airlines terhempas dipercayai ditembak di Ukraine?




Sebuah pesawat penumpang Malaysia membawa 295 penumpang dan anak kapal terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor Interfax memetik sumber industri penerbangan sebagai berkata.

Menurut laporan itu, pesawat Boeing itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila nahas itu berlaku. Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu setakat ini.

MAS sahkan gagal hubungi pesawat MH17

Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan pihaknya gagal menghubungi pesawat MH17 yang dijadualkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan Twitter MAS, kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat MH17 milik MAS.

Perdana Menteri dalam Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.


Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu, masih belum ada pengesahan bahawa pesawat itu ditembak jatuh.

"Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya dalam laman Twitter malam ini.

Najib hadir taklimat mengenai tragedi MH17 di KLIA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Bangunan Pengurusan Penerbangan (FMB) Penerbangan Malaysia (MAS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pada pukul 1.20 pagi ini.

Beliau sedang menghadiri taklimat mengenai insiden pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine.

Menurut sumber, sidang akhbar mengenai kejadian yang mengejutkan dunia penerbangan itu dijangka akan pada pukul 4 pagi hari ini.-UMO

Terkini > VIDEO : 2 Rakaman Amatur Pesawat #MH17 Terbakar Dan Terhempas!!!





Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: