Selasa, Julai 01, 2014

LHDN patut bertimbang rasa dengan pembayar PCB!


Sebagai kakitangan awam dan swasta, jangan haraplah dapat lari daripada cukai pendapatan. Kalau nak ‘belit’ dalam penyata pendapatan pun susah. Kecuali golongan berkerja sendiri yang tak ada slip gaji.

Golongan makan gaji di sektor awam dan swasta yang termasuk dalam kumpulan pembayar cukai inilah yang setia bayar cukai dan diwajibkan membuat potongan cukai berjadual iaitu PCB.

Dahulu langkah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ini diperkenalkan untuk memudahkan (bukan meringankan beban) potongan cukai. Selepas itu dikatakan PCB memudahkan pengiraan sebenar melalui e-filing yang biasanya diisikan pada Mac setiap tahun.

Sekarang ceritanya sudah lain. Bayar tetap bayar. Kalau terlewat atau terlupa isytihar pendapatan bercukai bagi tahun tertentu, tunggulah surat daripada LHDN - bukan setakat denda lewat, ditambah pula dengan potongan kiraan oleh pihak LHDN sendiri.

Kiraannya jangan harap serupa macam potongan PCB. Jumlah potongannya tak termasuk potongan untuk isteri dan anak-anak. Takkan data peribadi pembayar PCB pun tak ada dalam rekod LHDN. Mudah betul kerja. Jadi bayangkan jumlah potongan cukai itu. Saya akui hal ini sebab sudah ada pengalaman.

Sekarang LHDN bertambah pandai. Tak peduli pandangan pembayar cukai dan kesatuan sekerja. Sejak 16 Jun lalu LHDN mengarahkan majikan melaksanakan potongan gaji (Arahan CP38) ke atas pembayar cukai yang memperoleh pendapatan daripada sumber penggajian tetapi masih mempunyai tunggakan cukai.

Tunggakan cukai satu hal, tapi bagaimana dengan mereka yang tiap-tiap bulan gaji dipotong untuk PCB. Sesetengah pihak terutama bagi LHDN, arahan potongan gaji merupakan langkah yang betul dan kaedah terbaik bagi ‘mengajar’ sikap liat membayar cukai yang membelenggu masyarakat.

Walaupun mereka liat, tapi mereka tetap bayar cukai melalui PCB. Ada juga kata, arahan potongan gaji bulanan adalah kaedah terbaik bagi memastikan pembayar tidak terlepas pandang dalam melaksanakan kewajipan membayar cukai.

Yang ini saya setuju. Namun pembayar cukai hanya boleh menggunakan e-filing untuk taksiran cukai dalam tempoh satu bulan sahaja (1-30 Mac). Pada LHDN, buatlah apa cara sekalipun sama ada guna e-filing atau datang ke kaunter mereka. Tak isytihar taksiran cukai, tanggunglah denda.

Mengikut rekod LHDN, sehingga 24 Mei lalu, dianggarkan 156,158 orang pembayar cukai individu menerima Arahan CP38 yang melibatkan amaun tunggakan cukai berjumlah hampir RM418 juta. Wow, banyak jumlahnya. Tapi adilkah cara ‘mengejut’ LHDN mengambil tindakan pemotongan gaji terhadap pembayar cukai ini?

Tempoh masa kurang daripada sebulan selepas pengumuman arahan pada 2 Jun lalu, sedangkan arahan potongan gaji kepada majikan pada 16 Jun dilihat membebankan pembayar cukai dan merupakan satu tindakan tidak adil.

Adakah LHDN sudah terdesak untuk mengutip cukai sebagaimana disasarkannya sebanyak RM140.15 bilion tahun ini, berbanding RM128.9 bilion tahun lalu. Khabarnya sehingga 30 April lalu sebanyak RM41.5 bilion sudah dikumpul. Takut sasaran tak kesampaian maka pembayar cukai tetap PCB pula didera.

Hakikatnya mahu tak mahu LHDN tetap akan mendapat kutipan cukai mengikut jadual daripada pembayar cukai melalui PCB. Jadi apakah salah mereka hingga didera supaya membayar cukai mengikut kiraan suka hati LHDN. Kalau mereka masih tak isytihar taksiran, untunglah LHDN dapat cukai daripada potongan gaji bulanan dan PCB.

Hakikatnya pembayar cukai PCB sudah lama dipaksa membayar awal kepada LHDN tapi penyelarasnya dibuat kemudian. Kalau ada lebihan bayaran cukai, lambat pula dipulangkan. Tapi kalau pembayar cukai PCB lewat isytihar, denda tetap dikenakan.

Mungkin LHDN tidak buka fail betul-betul, golongan mana yang akan menerima kesan daripada pelaksanaan arahan potongan gaji kepada para majikan. Barangkali LHDN tak perasan bahawa golongan berpendapatan rendah yang menerima bebanan ini.

Tanpa rundingan dengan pembayar cukai terlebih dahulu, arahan sudah pun bermula bagi gaji bulan Julai ini. Tanpa perbincangan, LHDN tak peduli apakah masalah dan halangan utama yang menyebabkan ramai pembayar cukai gagal melunaskan baki tertunggak atau tak isytihar taksiran seperti yang diwajibkan.

Beberapa komitmen dan tanggungan lain pembayar cukai seperti tanggungan keluarga, ansuran kereta, rumah dan perbelanjaan harian, memang bukan urusan LHDN. Tapi LHDN perlu prihatin beban pembayar cukai yang semakin tinggi terutamanya kos sara hidup yang tinggi sekarang.

Kalau LHDN dikatakan boleh memberi ‘layanan istimewa’ kepada syarikat korporat dalam bentuk pembayaran secara ansuran dalam tempoh tidak munasabah dan pemotongan melampau bagi penalti kerana mempunyai cukai tertunggak, jadi apakah pembayar tetap PCB tak layak mendapat layanan yang sama.

Berlaku adil dan bertimbang rasalah kepada pembayar cukai PCB. Kementerian Kewangan kenalah ambil tahu terhadap perkembangan ini.

Suara Politik
Belantan

4 ulasan:

fihah berkata...

Saya rasa artikel saya salah yang membantu golongan kaya adalah Bank Negara Malaysia.

Kegagalalan mendedahkan maklumata kewangan individu merupakan salah satu cara melarikan pendapatan terbesar,atas dasar kerahsian.

PCB mediumh potongan cukai tahun semasa.Manakala CP38 adalah bayaran cukai yang dikenakan ke tas taksiran cukai belum dibayar yang telah ditaksir untuk tahun-tahun kebelakang.(Hutang2 cukai yang lama)

kesan jika tiada CP38 jika tiada potongan:
1.kadar penalti 10% dan 5% lewat.
2.Sewaktu bersara kemungkinan cukai akan dipotong dari ganjaran dan gratuti adalah tinggi dan lebih sengsara jika penalti dikenakan.

Semua tindakan mengikut peruntuk ACP1967

Sebagai rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti percukaian saya terpanggil menjawab pertuduhan yang mengatakan LHDNM boleh memberi remit dan potongan dan ansuran dipanjangkan jika dari orang kaya dan syarikat korporat .

Pendekatan tuan dalam artikel ni salah sepenuhnya kerana apa2 pertimbangan adalah melibatkan
pembayar cukai membuat kiraan aliran tunai dan disokong oleh penyata bank syarikat mahupun individu dan kelulusan ansuran adalah melibat jawatankuasa yang dilantik.
Oleh itu jika mahu pertimbangan LHDNM akan menggunakan pendekata penyediaan aliran tunai dan disokong oleh penyata bank individu.
Dan LHDNM tidak akan melayan jika pc datang bersembang kosong dgn alasan tak mampu nak bayar.Jika tak mampu sila berikan justifikasi yang sebenar dan dokumen sokongan.

fihah berkata...

Saya rasa artikel tuan adalah salah yang membantu golongan kaya adalah Bank Negara Malaysia.

Kegagalalan mendedahkan maklumata kewangan individu merupakan salah satu cara melarikan pendapatan terbesar,atas dasar kerahsian.

PCB potongan cukai tahun semasa.Manakala CP38 adalah bayaran cukai yang dikenakan ke tas taksiran cukai belum dibayar yang telah ditaksir untuk tahun-tahun kebelakang.(Hutang2 cukai yang lama)

kesan jika tiada CP38 dan PCB jika tiada potongan:
1.kadar penalti 10% dan 5% lewat.
2.Sewaktu bersara kemungkinan cukai akan dipotong dari ganjaran dan gratuti adalah tinggi dan lebih sengsara jika penalti dikenakan.
3.Jumlah cukai lump sum yang besar yang akan dibayar sekaligus.

Semua tindakan mengikut peruntuk ACP1967

Sebagai rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti percukaian saya terpanggil menjawab pertuduhan yang mengatakan LHDNM boleh memberi remit dan potongan dan ansuran dipanjangkan jika dari orang kaya dan syarikat korporat .

Pendekatan tuan dalam artikel ni salah sepenuhnya kerana apa2 pertimbangan adalah melibatkan
pembayar cukai membuat kiraan aliran tunai dan disokong oleh penyata bank syarikat mahupun individu dan kelulusan ansuran adalah melibat jawatankuasa yang dilantik.
Oleh itu jika mahu pertimbangan LHDNM akan menggunakan pendekata penyediaan aliran tunai dan disokong oleh penyata bank individu.
Dan LHDNM tidak akan melayan jika pc datang bersembang kosong dgn alasan tak mampu nak bayar.Jika tak mampu sila berikan justifikasi yang sebenar dan dokumen sokongan.

KAMI JUGA ORG BN

alya team berkata...

Bukan main angkuh jawaban anda. Kita pembayar cukai PCB bukan minta tak bayar cukai cuma jika ada perkara perkara tertentu untuk pihak LHDN pertimbangankan, silalah guna akal bukannya kepala lutut. Ini tidak, ikut suka hati sahaja menyatakan pihak pembayar cukai PCB tegar sudah "bersetuju" bila membalas rayuan dari pihak pembayar PCB yang ada mengemukan rayuan sebagai contoh "Penalty Lewat hantar borang BE". Pihak pembayar PCB sudah terang terangan memohon pihak LHDN mempertimbangkan untuk membatalkan atau mengecualikan penalty ini. Tetapi, apabili membalas pihak LHDN langsung tidak sentuh berkenaan permintaan pertimbangan untuk membatalkan "penalty" ini. Apa yang kerja di LHDN semuany "KUDA KAYU" ke tak pakai otak bila buat kerja. Tolong jawablah permintaan pembayar cukai PCB tegar. Kita tiap tiap tahun bayar cukai...kita dah hantar secara manual borang BE ke LHDN tapi tak cop ...selalu tak jadi apa tapi kali ni nasib kurang baik LHDN kata mereka terima lewat dua minggu. Lewat 2 minggu ni dikenakan pe4nalty sebanyak 20% daripada jumlah cukai sebelum pelasan. Mana keadilan. Dah la cukai kena bayar...kopnonnya lewat sikit dah kena denda...tak takut ke koramg di LHDN makan duit HARAM JADAH.!!! Sial LHDN kuda kayu...LHDN patutnya beri justifikasi kenapa dah mesti ada pertimbangan...gaji kamu semua pembayar cukai yang bayar. Jangan ANGKUH!!!

Memang Tengah Angin...Aku tak halalkan segala pembayaran tambahan yang aku rasa tak patut dikenankan oleh LHDN kepada Pembayar cukai PCB tegar.

remos berkata...

Memang angkuh pn lhdn ni...mentang2 la bonus lain pada gomen servant yg lain