Ahad, Julai 20, 2014

#MH17: Pengganas didakwa pindahkan mayat?


Kerajaan Ukraine mendakwa kumpulan pengganas yang diketuai Russia telah memindahkan 38 mayat ke sebuah kawasan lain.

Kumpulan pengganas ini juga didakwa mengganggu tugas pasukan penyiasat antarabangsa di lokasi nahas MH17.

38 mayat itu dikatakan dibawa ke sebuah rumah mayat di Donetsk, di mana sekumpulan 'pakar' dari Russia akan menjalankan autopsi atau bedah siasat.

Bukan itu saja, difahamkan juga kumpulan pengganas ini sedang cuba membawa masuk kenderaan kargo untuk memindahkan bangkai pesawat ke Russia.

Laporan The Star menyebut, sebuah laman web kerajaan Ukraine juga mencatatkan bahawa kumpulan pengganas yang disokong Russia ini akan cuba menghapuskan sebarang bukti berlakunya jenayah antarabangsa.

Kenyataan di laman web tersebut meminta masyarakat antarabangsa agar memberi tekanan kepada Russia supaya mengeluarkan pasukan pengganas berkenaan dari Ukraine, dan Ukraine akan cuba sedaya upaya untuk mengembalikan mayat mangsa ke negara asal mereka.

Terkini : Kumpulan pemberontak ambil semua mayat penumpang MH17

Pemberontak Ukraine mengambil semua mayat 196 penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditemui pasukan penyelamat di kawasan kejadian dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui. - AFP

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: