Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, Julai 02, 2014
Diplomat Malaysia suspek serangan seksual di New Zealand?
Wisma Putra hari ini mengesahkan seorang diplomat Malaysia telah menjadi suspek dalam satu kes serangan seksual di New Zealand.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman seperti yang dipetik melalui sebuah portal hari ini berkata, suspek kini didakwa atas tuduhan terbabit dan bakal berhadapan dengan hukuman berat jika disabitkan kesalahan.
Suspek juga telah diarahkan untuk meninggalkan negara itu dan diarah pulang serta-merta ke Malaysia.
Menurutnya, Wisma Putra juga tidak akan bertanggungjawab melindungi serta membenarkan siasatan pihak berkuasa New Zealand ke atas suspek demi kepentingan sistem keadilan dan undang-undang.
“Hanya kerana dia seorang diplomat, tidak semestinya dia akan terlepas dari sebarang salah laku, imuniti yang diberikan pada seorang diplomat bukannya untuk membolehkan dia melakukan jenayah.
"Saya sudah pun menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand untuk bercakap mengenai hal ini,” katanya.
Dalam satu laporan oleh Associated Press, polis telah menahan diplomat itu pada 9 Mei lalu dan mendakwanya atas tuduhan memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol, kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun jika disabitkan kesalahan.
Suspek yang merupakan seorang diplomat dalam lingkungan usia 30-an, telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pulang ke rumah dan menyerangnya.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan