Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Julai 04, 2014
Idea Rafizi punca segala masalah dalaman PKR?
Idea yang dibawakan oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli didakwa menjadi punca kepada segala kemelut dan perbalahan terbuka antara pemimpin dalam parti itu sejak memperkenalkan Kajang Move.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nibong Tebal, Pulau Pinang, Mat Arof Yahya berkata, Kajang Move bukan sahaja gagal tetapi telah membawa perpecahan dalam PKR semata-mata demi memenuhi nafsu politik Rafizi.
"Rafizi sendiri tahu bahawa idea Kajang Move ini sukar untuk direalisasikan tetapi demi memenuhi nafsu politik peribadi, beliau tetap teruskan juga walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memiliki rekod cemerlang.
"Saya percaya idea asal Kajang Move ini terbit kerana ada kaitan dengan rancangan Rafizi mahu menjadi Menteri Besar Selangor selepas Azmin Ali mengambil alih sepenggal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas perbalahan secara terbuka beberapa pemimpin PKR terutamanya kumpulan yang mahu Abdul Khalid berundur dari kedudukannya dengan kem yang setia kepada Menteri Besar Selangor itu.
Dalam pada itu, Mat Arof berkata, PKR perlu menyelesaikan terlebih dahulu isu mengenai penyelewengan semasa pemilihan parti sehingga menyaksikan pergaduhan berdarah berbanding ghairah mahu menukar Abdul Khalid.
Katanya, jika pemimpin PKR sibuk mencaturkan kepentingan politik peribadi melebihi parti tidak mustahil rakyat akan merasa meluat menyebabkan berlaku seperti kata pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
"Anggota akar umbi kini semakin kecewa dengan perkembangan yang berlaku kerana sepatutnya parti fokus kepada usaha menawan Putrajaya dan bukannya sibuk berebut jawatan," katanya.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan