Jumaat, Julai 25, 2014

#MH17 : Ribuan penduduk Amsterdam memperingati MH17


AMSTERDAM – Ribuan warga Amsterdam yang berpakaian putih telah berarak untuk memberi hormat kepada nyawa yang terkorban di atas pesawat Malaysian Airlines MH17.

Seramai 193 dari 298 penumpang yang nahas adalah warga Belanda dan semalam merupakan hari berkabung secara national untuk mereka. Ribuan belon putih juga dilepaskan pada waktu malam di sekitar ibu kota ini.

Kata Leon, ‘’sebagai penduduk Amsterdam kami ingin berkongsi kesedihan dengan keluarga mangsa. Pesawat Malaysian Airlines MH17 yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi, dipercayai ditembak oleh pemberontak.

Mayat-mayat yang dapat dipulihkan setakat ini diterbangkan ke Belanda untuk dikenalpasti.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: