Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, Julai 17, 2014
Mengamuk kereta dilanggar: Pemandu wanita mohon maaf?
Wanita yang berang akibat keretanya dilanggar seorang warga emas di sini dua hari lalu, tampil memohon maaf dan mengakui kesalahannya.
Dia yang hanya ingin dikenali sebagai Siti Fairrah Asyikin, 30, telah memohon maaf kepada warga emas terbabit, Sim Siok Hong, 68, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada sebelah petang hari kejadian.
Selepas tersebarnya video tersebut, orang ramai memberi pelbagai reaksi yang kebanyakannya marah dengan perlakuan wanita itu.
Malah, pengguna laman sosial turut bertindak mendedahkan identiti wanita terbabit dengan memuat naik gambar serta beberapa maklumat tentang latar belakangnya.
Kejadian itu dirakam oleh seorang saksi kejadian dan dimuat naik di Facebook dan Twitter dan kini menjadi Trending Worldwide di Twitter serta menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan selebriti tanah air.
Wanita itu telah membuka akaun baharu pada hari ini menggunakan nama Kiki Kerja Kahwin dan beliau membuat permohonan maaf secara terbuka melalui akaun tersebut yang mendapat 8,896 likes sehingga 6.30 petang ini.
"Saya mahu masyarakat menghormati privasi saya. Kadang-kadang orang ada membuat kesilapan. Mohon maaf tulus ikhlas daripada hati seorang rakyat Malaysia ini," katanya.
Aksi berang wanita itu turut mendapat reaksi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyatakan, pihaknya akan menjalankan siasatan mengikut undang-undang berkaitan memandangkan tindakan wanita tersebut menyalahi undang-undang kerana menjadi pembuli jalanan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abd Aziz Salleh pula mengesahkan wanita itu sudah membuat laporan polis berkenaan kemalangan itu namun lelaki tersebut enggan berbuat demikian kerana tidak mahu memanjangkan perkara berkenaan malah telah memaafkan perbuatannya.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meluahkan reaksi berbeza di Twitternya dengan menasihati pengguna laman sosial supaya jangan pula menjadi pembuli siber di Facebook dan Twitter.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan