Ahad, Julai 20, 2014

#MH17: Pemberontak Kiev cuba hapuskan bahan bukti?


Ukraine telah menuduh Russia membantu pihak pemisah menghapuskan bahan bukti di lokasi nahas pesawat MH17.

Menurut laporan AFP, kerajaan Ukraine mengeluarkan kenyataan berbunyi, “ Kerajaan Ukraine mengesahkan bahawa golongan terrorist dengan sokongan Russia cuba menghapuskan bahan bukti jenayah antarabangsa ini.”

Pemberontak pro Moscow telah mengasingkan 38 mayat daripada lokasi nahas dan dibawa ke Donetsk, menurut kenyataan tersebut.

Pihak pemisah juga menghalang laluan ke lokasi untuk pihak penyiasat Ukraine dan badan antarabangsa.

Salah seorang krew AFP menyatakan bahawa pihak pemisah juga menghalang wartawan daripada mendekati lokasi nahas.

Sementara itu, Mayat disusun di tepi jalan!

Sekumpulan wartawan yang mula sampai ke kawasan nahas penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine melaporkan bagaimana mayat-mayat penumpang diletakkan di tepi jalan.


Salah seorang wartawan BBC, Will Vernon merakamkan foto deretan mayat yang disusun di tepi jalan di sebuah kampung dekat Hrabove, hampir 800 kilometer dari Kiev.

Vernon, yang menyertai kumpulan pemantau Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE), turut melaporkan melalui Twitter bagaimana perjalanan mereka disekat oleh pemberontak. Mereka diminta meninggalkan kenderaan dan berjalan kaki ke lokasi kejadian.

Sekatan lain turut termasuk tidak boleh menyoal mana-mana orang dan tidak masuk ke sesetengah kawasan.

Foto kredit : Will Vernon

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: