Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Julai 26, 2014
Nahas TransAsia: Yang diketahui setakat ini?
Tak banyak laporan di media tentang terhempasnya sebuah pesawat TransAsia Airways 222 baru-baru ini. Mungkin juga masih dibayangi tragedi MH17 yang berlaku genap seminggu lalu.
Ini antara yang diketahui setakat ini.
1. Ketika kejadian, pesawat berkenaan dalam perjalanan dari Kaohsiung City ke Penghu Magong.
2. Ia sepatutnya bertolak dari Lapangan Terbang Kaohsiung Siaogang pada jam 4 petang namun ditangguhkan hingga jam 5.43 petang kerana cuaca buruk.
3. 54 penumpang dan 4 anak kapal berada dalam pesawat tersebut.
4. 51 daripada kesemua 58 mereka dipercayai maut.
5. Saksi berkata mereka yang terselamat merangkak keluar sendiri daripada pesawat terbabit.
6. Pesawat berkenaan cuba mendarat dalam cuaca buruk dan diarahkan pusat kawalan trafik supaya tidak meneruskan percubaan pendaratan pertama mereka.
7. Ia terputus hubungan dengan menara kawalan selepas itu, dan dilaporkan terhempas berdekatan kawasan perumahan.
8. Dua bangunan rosak namun tiada kecederaan atau kehilangan jiwa dari kalangan penduduk.
Tahun ini nampaknya bukan tahun yang baik untuk industri penerbangan.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan