Selasa, Julai 29, 2014

Isu MB Selangor: PKR-PAS Kembali bergolak?


Hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS kembali bergolak apabila kedua-dua sekutu pakatan pembangkang itu dilihat tidak sehaluan dalam komplot menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Terbaharu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan PAS supaya menghormati persetujuan bersama yang dibuat pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai lalu mengenai isu pelantikan Menteri Besar.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang membawa mandat dari parti masing-masing pada hari itu mengesahkan komitmen setiap parti bahawa pada dasarnya,

" PAS dan DAP menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar adalah dari PKR.“

Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan rasmi Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat itu dalam hal pertukaran Menteri Besar Selangor,” katanya menerusi kenyataan pada hari ini .

Manakala Presiden PAS dalam kenyataan terbaru menyebut bahawa PAS akan terus menyokong Khalid untuk terus memegang jawatan MB Selangor dan ini dilihat akan mencetuskan konflik yg lebih besar diantara kudua parti.

Tetapi satu tindakan cukup baik untuk parti itu yg dilihat hilang bisanya dan sudah lari dari landasan sebenar perjuangan bilamana PAS lebih dilihat menjadi "yes man" didalam Pakatan Rakyat oleh rakyat Malaysia?

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: