Isnin, Julai 07, 2014

Nampaknya "Langkah Kajang" gugat teruk perpaduan PKR?

Zuraida kata Rafizi masih penting buat PKR

Tindak tanduk Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang dikatakan dalang mencipta ‘Langkah Kajang’ dikritik hebat dari dalam dan luar partinya sendiri.

Ini sehinggakan ada yang mendesak dia meletak jawatan sahaja kerana tindakannya itu merosakkan sehingga membawa kepincangan kepada perpaduan ahli dalam parti itu.

Paling ketara impak dari `Langkah Kajang’ ini membawa kepada kritikan terbuka Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipercayai cuba dinaikkan oleh Rafizi di peringkat awal dalam strateginya untuk menggantikan Abdul Khalid.

Selepas masuk tujuh bulan strategi itu digerakkan dengan dikatakan RM1.6 juta wang pembayar cukai dibelanjakan menerusi pilihan raya kecil Kajang, Abdul Khalid nampaknya masih kekal. Malahan teguh pula di kedudukannya.

Ramai melihat ‘Langkah Kajang’ bukan sahaja gagal tetapi membawa perpecahan dalam PKR semata-mata demi memenuhi nafsu politik Rafizi.

Beliau memang sedar Abdul Khalid memiliki rekod cemerlang mentadbir negeri, justeru sukar untuk merealisasikan idea yang sudah nampak tembelangnya di peringkat awal lagi.

Anwar yang dicanangkan untuk merencanakan ‘Langkah Kajang’ berdepan dengan hukuman penjara sementara Presiden PKR sendiri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak menunjukkan sebarang minat untuk tampil lebih jauh - cuma terhenti setakat ADUN Kajang sahaja.

Dalam komennya kepada sebuah portal propembangkang baru-baru ini, Rafizi nampaknya tidak mahu mengalah apabila diberitahu `Langkah Kajang’nya' sudah gagal.

"Walaupun orang kata Langkah Kajang gagal kerana (Abdul) Khalid masih di sana, ia memenuhi tujuannya, iaitu untuk membentuk pilihan lain (menggantikan beliau).

"Sekarang, saya fikir orang semakin ramai mempertikaikan (Abdul) Khalid berbanding sebelum ini dan melihat Langkah Kajang satu keperluan. Jadi saya fikir (Abdul) Khalid perlu memahami sentimen orang ramai ini."

Namun, ketegasan Abdul Khalid begitu jelas semalam apabila menempelak Anwar.

Tetapi apa yang terang lagi bersuluh, anggota akar umbi PKR semakin kecewa dengan perkembangan yang berlaku hasil `Langkah Kajang’ yang tercetus.

Sepatutnya, kata mereka, parti fokus kepada usaha menawan Putrajaya. Dan bukannya sibuk berebut jawatan.

Rafizi oh! Rafizi.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: