Khamis, Januari 24, 2013

Nizar Lambai dimalukan depan penyokong sendiri?



Tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohammad Nizar Jamaluddin yang semakin aktif berceramah di sekitar Perak kebelakangan ini dibayangi jentera UMNO yang mengekorinya bagi membongkar segala tohmahan yang dilemparkan pemimpin itu.

Terbaharu, hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu untuk memperdayakan rakyat dalam siri ceramahnya di Kampung Senin, Layang-Layang Kanan, di sini malam tadi tidak kesampaian apabila jentera UMNO turut mengadakan ceramah di tempat sama.

Malahan, pemimpin Pas itu dimalukan apabila lebih 15 klip video yang membuktikan tohmahannya dalam beberapa isu sebelum ini dimainkan dalam ceramah yang berlangsung hampir tiga jam.

Penceramah UMNO, Hanafiah Man berucap pada sesi ceramah Nizar Jamaluddin Pembohong Bersiri di Parit, Perak malam tadi.

Majlis ceramah bertajuk 'Mohammad Nizar Pembohong Bersiri' itu turut didengari dengan jelas para penyokong Pas yang hadir memandangkan lokasi kedua-dua parti itu berceramah hanya dibezakan kira-kira 50 meter.

"Saya tidak minta anda percaya bulat-bulat apa yang saya cakap, tetapi minta anda lihat dan menilai sendiri semua video ini yang menunjukkan betapa Mohammad Nizar ini selalu berbohong kepada rakyat," kata penceramah UMNO, Hanafiah Man ketika berceramah dalam majlis tersebut.

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

usin berkata...

bnyk kali dh nizar jamaludin ni cuba dimalukan oleh umno. cuma hasilnya....kosong. sebab nizar ni jenis manusia tak tahu malu. berceramah sambil telanjangpun belum tentu malu. dpd nk memalukan nizar. baik solat sunat kt masjid, ada gak pahala....

Mohd Hazim berkata...

respek NIZAR mana orang mai tengok ceramah tentang dirinya sendiri....