Jumaat, Januari 25, 2013

Pas Kelantan Tak Hormat Sultan?



UMNO Kelantan menyifatkan tindakan Kerajaan Pas Kelantan memfailkan injuksi interlokutori bagi menghalang Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) membayar royalti kepada kerajaan Malaysia sebagai tidak menghormati Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin berkata, tindakan itu tidak wajar kerana Sultan Muhammad V telah berkenan melantik wakil negeri ini dalam Jawatankuasa Khas untuk mengkaji dengan adil dan telus berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur.

Beliau berkata, sewajarnya Kerajaan Pas Kelantan membiarkan Jawatankuasa Khas tersebut berperanan dan bukan mengusutkan lagi keadaan dengan membawa isu tersebut ke mahkamah.

“Perdana Menteri telah berjanji untuk menyelesaikan isu ini secara adil dan telus serta beliau juga memaklumkan bahawa Sultan Kelantan telah berkenan untuk melantik wakil negeri Kelantan dalam jawatankuasa tersebut, jadi biarkan proses ini berjalan tanpa gangguan mana-mana pihak.

“Jadi jika ada mana-mana pihak mengambil tindakan membawa ke mahkamah ia seolah-olah tidak menghormati Sultan Kelantan dan Perdana Menteri,” katanya kepada di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Kerajaan Pas Kelantan memfailkan permohonan injunksi interlokutori bagi menghalang Petronas membayar royalti minyak kepada kerajaan Malaysia.

Kerajaan Pas Kelantan selaku pihak plaintif menamakan Petronas dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama dan kedua.

Pada 4 Ogos lalu, kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Jawatankuasa Khas itu akan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara serta wakil kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, tidak ada faedah sekiranya isu tersebut berlanjutan dan ia perlu diselesaikan dengan cara yang berhemah.

“Petronas sendiri menjelaskan mereka telah melaksanakan tanggungjawab seperti mana termaktub dalam undang-undang dan tidak ada yang tidak betul dibuat,” katanya.-UMO

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: