Ahad, Januari 06, 2013

KALIMAH ALLAH : KECELARUAN FIKRAH PAS!



Saya begitu terpanggil untuk memberi sedikit ulasan terhadap paparan beberapa portal yang menyentuh kenyataan Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS mengenai kalimah Allah hari ini. Portal-portal berkenaan telah memetik kenyataan Mat Sabu bahawa PAS menyokong dan mengizinkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Pandangan Mat Sabu tersebut dilihat sebagai pandangan rasmi Parti itu terhadap isu kalimah Allah. Pandangan PAS ini sekaligus merestui permintaan Lim Guan Eng dalam ucapan Sambutan Krismasnya baru-baru ini.

Seperti yang diketahui, hanya beberapa hari yang lalu pimpinan tertinggi PAS iaitu Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dr Rani Osman telah menjelaskan bahawa kalimah Allah hanya layak diguna oleh orang Islam sahaja. Bagi agama yang bukan Islam mereka seharusnya menggunakan “God” yang membawa makna tuhan. Pemakaian “god” untuk tuhan memang telah digunakan sejak awal tanpa menimbulkan apa-apa masalah.

Sebelum ini, waktu isu kalimah Allah hangat diperkatakan Timbalan Murshidul Am, Prof Datuk Harun Din telah membuat satu penegasan bahawa orang Islam yang mencadang dan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam, mereka telah melakukan perbuatan syirik dan kufur. Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib juga dengan tegas melarang penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana kalimah tersebut adalah hak mutlak orang Islam dan sama sekali tidak boleh digunakan untuk merujuk tuhan-tuhan yang lain selain daripada Allah Yang Maha Esa.


Sukar bagi kita menggambarkan bagaimana bercelarunya ahli dan penyokong PAS dan masyarakat Islam di negara ini. Tak cukup dengan kekeliruan Amanat Hadi Awang ditambah pula dengan kecamukan pandangan pimpinan tertinggi Parti tersebut dalam isu yang sangat besar yang melibatkan aqidah Umat Islam.

Jelas kepada kita bahawa pengaruh Anwarinas atau parasit begitu hebat. Apa sahaja permintaan DAP dan PKR seperti kalimah Allah diraikan sedemikian rupa. Sementara Presiden PAS yang setiap hari diasak untuk menarik balik Amanatnya pada tahun 1981 itu dibiarkan keseorangan. Sehingga kini tidak seorang pun pimpinan tertinggi PAS terutamanya kumpulan parasit yang tampil membela Presiden mereka.

Pimpinan tertinggi PAS yang dikuasai golongan parasit dilihat sentiasa bersedia memberi laluan kepada apa sahaja tuntutan DAP dan PKR termasuk perkara-perkara yang melibatkan aqidah. Tidak syak lagi pendekatan akomodatif parasit-parasit itu bermotifkan politik demi meraih keuntungan politik.

Ahli dan penyokong PAS mungkin sudah lama menyedari hakikat bahawa penguasaan parasit dalam PAS telah membawa satu budaya baru dalam parti itu. Kini penghormatan yang selama ini diberi kepada golongan ulama dalam parti itu sudah dicemari. Kesan budaya baru ini kepada keutuhan parti amat besar lantaran seperti yang diketahui, PAS masih mengekalkan slogan Kepimpinan Ulamanya.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI
TTDI, KL
4 JANUARI 2012

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Abu berkata...

Mat Sabu ni tak tahu ke pihak gereja Keristian semenjak dulu lagi memang mengakui Tuhan (Biblical God) mereka yg tak bernama tu ada anak namanya Jesus. Tak percaya tanyelah mana-mana paderi Keristian yg anda kenal.

Bila Mat Sabu bagi pihak PAS merestui pengunaannya kalimah Allah mengantikan tempat Tuhan didalam kitab Keristian itu sekarang bererti Tuhan yg tak bernama itu yg kini dikenali sebagai Allah dah ada anak pulak ? Apa macam tuan-tuan semua boleh terima dan bersetuju ke dgn ulamak besar PAS si Mat Sabu ni?? Dia mungkin lebih takut kehilangan sokongan Tok Pekong Guan Eng dan undi pihak Keristan menjelang PRU13 berbanding dgn dosa syirik dgn Allah agaknya !!!

Apakah dia tak kisah menganggap Allah kini ada anak setarap dgn manusia dan haiwan? Bayangkan Allah ada anak !!! Itu bukan confuse lagi tu, itu super confuse !!! Apakah matlamatMat Sabu PAS mampu menghalalkan cara? Apa dia ingat Pencipta kita cuma sekadar nama sahaja dan tidak wujud utk “menegur” kita semua ke? Mari kita lihat jawapan Allah tentang hal ini, ingatlah bahawa Allah lebih advance pengetahuannya dari kita semua. Ingin lihat buktinya teruskan membaca ye?

Mat Sabu tak tahu ke Allah sudah keluarkan amaran berikut lebih 1400 tahun dulu sebelum kita semua dilahirkan di dunia ini?

Surah Mariam ayat
19:89 Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
19:90 Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap
19:91 Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.
19:92 Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak.

Inilah jawapan dari Allah sendiri terhadap pemimpin PAS yg mengaku memperjuangkan Islam sedikit masa dahulu. Sungguh tajam sindirin dan amaran yang Allah sudah berikan sejak lebih 1400 tahun dahulu, tetapi masih “relevant” sepanjang zaman tuan-tuan semua !!! Tidak ini menunjukkan Allah Maha Melihat semua perbuatan hambanya dari dahulu hingga ke masa akan datang ? Kalau anda rasa Allah memang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui patut kah kita tunduk dan setuju dgn Mat Sabu supaya pihak Gereja Katolik bolih guna nama Allah utk bible bahasa Melayu mereka? Bolih kah kita bersetuju dengan Mat Sabu untuk memudahkan agenda gila pihak Keristian?

Fikir-fikirkan lah sebelum membuat kesilapan yg besar ye. Bukankah kita patut kuburkan sahaja parti PAS ini menjelang PRU13 ini? Ingatlah baik-baik saudara-saudari yang mengaku Islam, menjelang PRU13 ini sebarang sokongan yg di beri kepada mana-mana parti samada PAS, PKR atau pun DAP. Bererti kita pun menyokong dan bersetuju dgn gereja Katolik bahawa Jesus adalah anak Allah!! Nauzubillah !!

Jangan kata tuan-tuan semua tidak ada orang yg memberi peringatan ye !!!