Ahad, Januari 13, 2013

SKANDAL KOHILAL Bah 1: PAS telan RM45 juta wang ahli PAS dalam KOHILAL?



Muqaddimah

Pada 5 Mac 2010, di Ibupejabat KOHILAL di No. 34-4-1, Blok F, Jalan 4 /50, Off Jalan Gombak, Diamond Square, KUALA LUMPUR, satu wawancara khas telah diadakan di antara SHAMSURI bin ROSLAN dengan MOHD KUSRIN bin RAHMAD , RAZALI bin MOHD DAUD dan MOHD SHUKOR bin ABD. AZIZ.

Wawancara tersebut diadakan untuk mendapatkan fakta sebenar berhubung isu penyelewengan KOHILAL sebanyak RM 45 juta. Antara lain wawancara tersebut mendedahkan perkara berikut:

a. Selepas menerima aduan ahli koperasi berhubung skim pelaburan berjuta Ringgit yang diperkenalkan PAS antara 1996 dan 1999; Koperasi Al-Hilal Berhad atau KOHILAL yang ditubuhkan oleh PAS, disiasat oleh Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) atas dakwaan berlakunya penyelewengan pengurusan yang bermula sejak 2001.

b. MOHD KUSRIN bin RAHMAD menganggotai Lembaga Pengarah baru pada JUN 2002.

c. Lembaga Pengarah menyedari ramai ahli KOHILAL tidak berpuas hati dengan pengurusan skim-skim pelaburan tetapi tiada apa yang boleh dibuat oleh ahli yang tertipu. Mereka hanya melolong bahawa pihak pengurusan melakukan penyelewengan. Perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat Koperasi serta persidangan parti PAS.

e. Yang menjadi kebinggungan sekarang ialah jika ahli KOHILAL boleh mendapatkan kembali pelaburan mereka sebanyak RM39.80 juta. Pengarah KOHILAL KURSIN bin RAHMAD berkata ianya tidak mungkin berlaku kerana wang tersebut telah ghaib dalam beberapa skim pelaburan yang tidak menguntungkan. Wang RM39.80 juta telah lesap macam jin masuk ke dalam botol.

f. MD. SHUKUR bin ABD AZIZ berkata skim-skim tersebut dikendalikan anak syarikat yang bernama KOHILAL Holdings SDN. BHD. (KHSB) di antara 1996 dan 1999 yang kini telah pun gulung tikar.

KHSB ini pernah mempelawa ahli-ahlinya melabur melalui KOHILAL. Ini adalah penyelewengan besar. Md Shukur menuduh Ahli Lembaga Pengarah lama melakukan kesalahan menipu apabila mereka mengarahkan dana tersebut dipindahkan ke akaun anak syarikat KHSB untuk mengendalikan skim-skim tersebut.

g. SHUKUR bin ABD. AZIZ menjelaskan bahawa jumlah pelaburan membabitkan sejumlah RM 46.5 juta. Daripada jumlah tersebut, RM 8.9 juta dilaburkan dalam projek ladang burung unta, RM 8.9 juta digunakan untuk membeli saham penerbangan MALAYSIA (MAS) manakala RM 9 juta dan RM 16.2 juta lagi masing-masing dilaburkan dalam sektor pertanian di INDONESIA dan Perdana Teknologi Venture. RM43.2 Juta semuanya.

Hanya orang dunggu akan melabur RM8.9 juta dalam projek burung unta. Inilah dunggunya menjadi ahli PAS, asyik dengan unta sahaja. Di sini juga nampak betapa munafik PAS – membeli saham MAS sebanyak RM8.9 juta. Dulu PAS pernah menuduh MAS ”haram” sebab MAS hidang minuman arak dalam penerbangan.

Bakinya RM3.3 juta dilaburkan dalam 24 anak syarikat KHSB, termasuk UMMAH Asset Management yang kini disiasat Suruhanjaya Sekuriti atas kesalahan mengumpul dana daripada ahli KOHILAL tanpa sebarang lesen rasmi.

h. Pada mulanya KOHILAL telah membayar dividen 10% - 15% kepada ahli pada setiap bulan. Selepas 1997 bayaran dividen lesap macam asap. Para ahli mula menuntut keuntungan pelaburan dan ingin mengetahui perkembangan pelaburan mereka. Mereka juga mempertikaikan proses membuat keputusan berhubung pelaburan tersebut. Sehingga kini, Ahli Lembaga Pengarah baru tidak mengetahui proses pelaburan yang dijalankan samada kajian dibuat mengenai daya untung projek-projek pelaburan KHSB. Semua dokumen mengenai pelaburan dana juga tidak ditemui. Inilah antara cara PAS menipu ahli KOHILAL.

i. Satu sumber KOHILAL mendedahkan bahawa tiada sebarang kajian dibuat kerana KHSB (anak syarikat) juga diuruskan oleh orang yang sama, yang menganggotai Lembaga Pengarah KOHILAL. Ahli-ahlinya marah dan menganggap pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah mengabaikan etika bisnes. Mereka menuduh Lembaga Pengarah bertindak tanpa pedulikan bahawa ahli KOHILAL telah menghabiskan wang simpanan hari tua untuk melabur dalam skim palsu KOHILAL. Akhir sekali semua di tipu oleh PAS.

Keadaan diburukkan lagi apabila pihak pengurusan yang lama tidak mengakui kesilapan mereka sebagai mana laporan tahunan KOHILAL bagi tahun 2003.

j. Tapi apakah cara penyelesaian yang dicadangkan oleh PAS? Dalam wawancara tersebut KURSIN bin RAHMAD , MD. SHUKOR bin ABD. AZIZ dan RAZALI melahirkan harapan agar kesemua 89,000 ahli dapat membantu pihak pengurusan sekarang bagi memajukan lagi koperasi tersebut serta tidak lagi mengungkit kesilapan lalu serta turut membantu pihak pengurusan baru meningkatkan lagi mutu dan prestasi syarikat dalam melaksanakan rancangan – rancangan perniagaannya.

k. Lembaga Pengarah sedang mengkaji projek 5 tahun untuk mengumpul dana RM 50 juta melalui pelbagai aktiviti perniagaan yang telah dirancangkan, termasuk usaha niaga dengan Maktab Kerjasama Malaysia.

l. Maksudnya setelah telan duit ahli KOHILAL sebanyak RM46 juta, sekarang PAS nak ahli yang sama melaburkan sekali lagi (Round 2) dana sebanyak RM50 juta untuk menutup penyelewengan mereka.

Beberapa cadangan dunggu PAS untuk menipu KOHILAL sekali lagi

Untuk membaik pulih image PAS (kononnya) berkenaan skandal KOHILAL ini, PAS membuat beberapa cadangan :

a) Menggalak ahli melabur semula modal sebanyak RM 45 Juta untuk mengganti wang yang telah lesap. Setelah menipu ahlinya sebanyak RM45 juta, PAS nak tipu mereka Round Kedua.

b) Jika (a) tidak menjadi PAS akan mengeluarkan kenyataan keras tidak mengiktiraf KOHILAL sebagai sebahagian daripada PAS

c) Cuba memujuk ahli KOHILAL dengan cata memohon maaf saja dan akhir sekali

d) Mengambil tindakan disiplin parti terhadap mereka yang telah menghancurkan kepercayaan ahli.

ULASAN

KOHILAL ditubuhkan pada 1986 oleh tokoh dan aktivis PAS. KOHILAL telah dianggotai hampir 23,000 orang di seluruh negara. Sejak akhir ini PAS terlalu teruja dengan masalah dalaman parti dan terlalu sibuk memberi tumpuan terhadap isu Kerajaan Perpaduan sehingga mereka lupa nasib KOHILAL yang sudah lama jadi kudis dan virus kepada PAS. Sekiranya isu KOHILAL tersebar luas, ramai ahli KOHILAL yang juga ahli PAS bakal berpaling tadah kerana mereka tertipu.

Mengikut survey HaramkahDaily.net pada 2003, didapati sekurang-kurangnya 60% responden menyokong PAS atas dasar parti itu menjamin kerajaan yang bersih dari rasuah dan salah guna kuasa. Maka PAS khuatiri skandal RM45 juta duit KOHILAL yang lesap ini bakal menghancurkan keyakinan rakyat kepada PAS.

Untuk menjaga maruah parti dan menipu ahli, PAS akan sedaya upaya berusaha untuk menutup skandal RM45 juta KOHILAL daripada diketahui umum. Namun melihat bahawa begitu banyak maklumat telah sampai ke tangan penilis, ahli PAS sendiri yang sudah mula pecah tembelang PAS.

Kes KOHILAL adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan lagi. KOHILAL mengalami defisit kewangan yang merundum bila anak syarikat yang bernaung di bawahnya mengalami kerugian teruk, disebabkan penyelewengan dan tidak peka menceburi perniagaan.

Urusan perniagaan luar negara (Iran, Indonesia) tanpa sebarang perjanjian bertulis menunjukkan betapa dunggu PAS tidak tahu mengurus hanya satu saja koperasi. Tapi PAS masih berangan hendak mentadbir negara.

Perbelanjaan tanpa kawalan (contohnya : duit KOHILAL digunakan untuk membeli tiket kapalterbang Haji Hadi melawat ke luar negara) menyebabkan ketirisan dalam pengurusan. KOHILAL mengalami kerugiaan yang teruk sehingga tiada duit bayar dividen kepada ahli dunggu yang dahagakan pahala dan syurga.

PAS monopolikan KOHILAL sejak awal lagi

Sejak detik wahidnya, KOHILAL ditubuhkan dan dimonopolikan oleh PAS. Jadi jangan pula PAS berkata sekarang bahawa KOHILAL itu bukan dia punya.

KOHILAL didaftarkan di bawah Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia mengikut Akta Koperasi 1948 pada 3 JUN 1986. Mesyuarat pertama Ahli Lembaga Pengarah (ALP) diadakan pada 19 JULAI 1986. Allahyarham Hj. ISMAIL ABDULLAH, Bekas Timb. Pesuruhjaya PAS WILAYAH PERSEKUTUAN telah dilantik sebagai Pengerusi KOHILAL yang pertama.

Lembaga Pengarah Kohilal dimonopoli ahli PAS semuanya, terdiri daripada 10 orang. Tidak ada langsung Independent Director. Profesional pun tak ada.

Pengerusi: HASSAN SHUKRI

Naib Pengerusi: Sheik ABU BAKAR OMAR

Setiausaha: MOHD ISMATH HABIB MOHAMAD

Bendahari: ALI MAIDIN

Anggota Lembaga Pengarah:

* ASIMUDDIN SHAMAAN
* Dr. RAYNEY AZMI ALI
* ABDUL AZIZ HASSAN
* Syed HAMID Syed MOHAMED
* WAN PAUZI YAHYA
* AHMAD SUBKY ABDUL LATIF

Semua mereka adalah ahli atau penyokong kuat PAS. Siapa tidak kenal Ahmad Subky Abdul Latif?

Kira-kira bagaimana PAS songlap duit KOHILAL

Setiap ahli Kohilal dikenakan bayaran yuran penyertaan RM 5.00 dan setiap peserta berdaftar dikehendaki membeli saham KOHILAL bernilai RM10.00 seunit dengan kadar minimum 10 unit bernilai RM100.00 jumlahnya.

Pada awal penubuhan 1986, anggotanya sekitar 156 orang, meningkat menjadi 14,121 orang pada 1995. Keahlian terbesar 20,781 orang tercapai pada 2002.

Oleh itu kutipan yuran saja 20,781 x RM100 = RM2.078 juta.

Apa sudah jadi kepada semua duit ini? Adakah Ustaz sudah telan. Buaya yang terbesar di sini termasuk Ustaz Abdul Ghani Samsudin, bekas Ketua Persatuan Ulama Malaysia. Ada banyak lagi cerita Ustaz Abdul Ghani ini.

AKTIVITI PENIPUAN DAN SONGLAP DUIT KOHILAL OLEH PAS

Pada pertengahan 1997, Lujnah Ekonomi PAS Pusat telah melancarkan satu dana pelaburan dikenali sebagai pelaburan “The Year 2000”.

Pertama sekali pasal apa PAS guna bahasa Inggeris: pelaburan ‘The Year 2000’? Kenapa tidak digunakan bahasa Arab yang betul ia itu ‘Al Fala’afil Wa ‘Allafa 2000’? Tidakkah bahasa Arab lebih afdal? Atau pun sekurangnya gunalah bahasa Melayu “Dana Tahun 2000”.

Pelaburan tersebut dirancang sebagai serampang dua mata iaitu jaminan (palsu) memberi keuntungan kepada ahli KOHILAL. Tapi tujuan sebenarnya ialah bagi menampung perbelanjaan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-10. Tempoh matang pelaburan pula dijanjikan tamat pada 2000 ataupun sehingga tarikh PRU ke-10 diumumkan. Malangnya sehingga ke tahun 2010, ahli KOHILAL hanya menggaru bontot masing-masing.

Untuk menipu orang, setiap pelabur KOHILAL dijanjikan bayaran dividen 10% SETIAP BULAN !! Dividen pula akan dibayar pada setiap 3 bulan sekali. Seterusnya badan Perhubungan PAS Negeri dikerah mencari pelabur baru.

Mengikut PAS “sekitar 1998, pelaburan KOHILAL menerusi projek ‘Pelaburan - The Year 2000’ telah mendatangkan keuntungan yang memuaskan di mana ahli-ahli yang melabur di bawah skim tersebut telah mendapat keuntungan sepertimana yang dijanjikan”.

Tapi sila perhatikan bahawa skim pelaburan ini sudah menyalahi undang-undang. Bagaimanakah sebuah Koperasi yang ditubuhkan dibawah Akta Koperasi 1948 boleh digunakan untuk menjana dana untuk membiayai kempen sebuah parti politik seperti PAS untuk Pilihan Raya Umum ke-10 yang lepas?

Apabila PAS mengambil dana Koperasi untuk bayar kempen politik, sudah tentu hak dan kepentingan ahli Kohilal akan tercabul. Dan inilah yang telah berlaku. Yang memburukkan keadaan lagi ialah Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi KOHILAL semuanya adalah ustaz dan orang politik PAS.

Memandangkan bahawa KOHILAL sudah kehilangan RM45 juta dan lebih 20,000 ahlinya tertipu, jelas bahawa Lembaga Pengarah dan Pengurusan KOHILAL telah mengutamakan politik PAS dan membayar tambang kapalterbang Haji Hadi Awang. Duit ahli Kohilal RM45 juta sudah hilang.

Akan bersambung Bah 2!

Sumber : Theunspinners

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: