Ahad, Januari 13, 2013

SKANDAL KOHILAL Bah 2: Skim Pelaburan ala Pak Man Telo?



Sebelum kita sambung cerita pasal PAS songlap duit ahli KOHILAL, mari kita lihat sepucuk surat yang ditulis oleh seorang ahli PAS yang tersiar di HarakahDaily.Net, akhbar Online parti PAS.

Hamba Allah ini namanya Nooramaludin Mohamad daripada Bandar Jengka, seorang pengusaha Felda yang sara hidup dengan menanam pokok kelapa sawit. Kerana terlalu mempercayai ustaz PAS, Nooramaludin telah ditipu duit RM4,000 oleh KOHILAL.

Bekas ahli Kohilal mohon keprihatinan

Nooramaludin Mohamad, Bandar Jengka

Sehubungan itu, sehingga sekarang saya masih belum menerima apa-apa bayaran / pemulangan balik wang caruman saham KOHILAL yang berjumlah hampir RM4,000.00. Sudah hampir 4 kali surat saya utuskan, namun tiada jawapan dari KOHILAL.

Besarlah harapan saya agar KOHILAL dapat memulangkan kembali wang saham yang saya laburkan itu dipulangkan segera. Saya amat memerlukan wang tersebut bagi urusan perbelanjaan persekolahan anak-anak saya.

Sekian, semoga mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak tuan”. Sudah empat kali Nooramaludin tulis surat minta balik duit dia, habuk pun tak dapat.

Sila perhatikan bahawa Nooramaludin tidak minta bayaran dividen atau bonus. Beliau minta dipulangkan pelaburan asalnya saja RM4000 untuk bayar perbelanjaan sekolah.

Dan apakah jawapan PAS? Sila baca berita ini daripada Malaysiakini:

Bekas pengarah: Pelaburan KOHILAL rugi kerana ‘tidak bernasib baik

Seorang bekas pengarah Koperasi Al-Hilal (KOHILAL) berkata, kegagalan pelaburan koperasi itu – yang dianggotai oleh ahli PAS – pada tahun 1990-an sehingga kerugian RM45 juta, bukanlah kerana kelemahan pihak pengurusannya, tetapi kerana ‘tidak bernasib baik”.”....Bunyinya macam kalah berjudi pulak?

Jadi Nooramaludin, fahamilah bahawa dalam skim perniagaan PAS dan KOHILAL, saudara perlu tentukan “nasib baik” dulu. Kepintaran memahami bisness semua tidak perlu. Kecekapan menerokai pasaran semua tidak perlu juga. Kebolehan pengurusan perniagaan semua tidak perlu.

Dalam skim perniagaan PAS dan KOHILAL, anda hanya memerlukan “nasib baik”. Kalau ada “good luck” atau “nasib baik” maka boleh berjaya. Jelas sekali bukan saja KOHILAL tetapi saudara Nooramaludin pun “tidak bernasib baik”. Sorry lah brader.

Satu lagi tempat untuk menceburi bisnes secara “nasib baik” ialah di Casino Genting Highlands. Sunnah di Casino Genting Highlands serupa saja dengan sunnah di KOHILAL. Kita cuba “nasib baik” atau “good luck” saja. Kalau ada “nasib baik” boleh jadi kaya.

Kalau “tidak nasib baik”, sorry lah. Modal semua hilang.

Jadi saudara, inilah jawapan yang diberi oleh Pengurusan KOHILAL untuk menutup penipuan mereka menelan duit ahli PAS sebanyak RM45 juta.

Mereka berani dan sanggup memberi jawapan seperti ini kerana secara lazimnya ahli PAS dan KOHILAL adalah orang kampong yang dhaif dan kurang berpelajaran, seperti saudara Nooramaludin, peneroka Felda di Bandar Jengka.

Majoriti ahli PAS memang orang kampong yang tidak berpelajaran tinggi yang mudah ditipu dengan bacaan doa, ayat-ayat bahasa Arab, janji “undi syurga” dan sebagainya. Di sini saya salahkan ahli PAS juga. Bila kita bodoh, orang lain akan perbodohkan kita lagi.

Skim pelaburan ala Pak Man Telo

Saudara-saudari PAS, amat jelas sekali PAS telah menipu ahli KOHILAL dengan janji kosong dan palsu.

Pada 1997, PAS telah menjanjikan mereka, ‘di bawah skim ini, setiap pelabur yang melabur di bawah KOHILAL dijanjikan dengan bayaran dividen sehingga 10% setiap bulan dibayar pada setiap 3 bulan sekali. Selain itu, Badan Perhubungan PAS Negeri juga dipertanggungjawabkan mencari pelabur baru dan akan mendapatkan dividen yang sama’.

Untung 10% setiap bulan? Ini adalah perkara yang amat mustahil sekali. Maksudnya 120% setahun. Pada 1997, tabung Amanah Saham Nasional iaitu antara tabung pelaburan yang paling berhasil sekali hanya membayar dividen sekitar 8% SETAHUN sahaja ataupun 0.67% SEBULAN.

Tapi KOHILAL telah janjikan ahlinya pulangan 10% SEBULAN!! Ia itu 120% SETAHUN !!

Saudara-saudari PAS, jangan marah secara membuta. Marilah kita bersama-sama gunakan otak dengan waras untuk meneliti perkara ini.

Cuba kita bandingkan: Apakah kelebihan KOHILAL yang dipengerusikan ustaz totok PAS dan pengurus KOHILAL yang tidak berkelulusan apa pun, berbanding dengan Amanah Saham Nasional yang diuruskan oleh pakar-pakar kewangan dan pakar ekonomi bertaraf dunia? Jauh sekali bezanya.

Walaupun demikian, Amanah Saham Nasional hanya janjikan dividen 8% SETAHUN. Sebaliknya KOHILAL pula boleh janjikan dividen 10% SATU BULAN!!! MAKSUDNYA 120% SETAHUN? Hebatnya janji mereka. Janji mereka semua palsu sebab yang menjadi nyata sekarang KOHILAL dan PAS sudah songlap duit ahli PAS sebanyak RM45 juta.

Jadi sekarang saudara – saudari ahli PAS perlu untuk mengimbas kembali ‘Apakah niat mereka, apabila Kohilal janjikan dividen 10% sebulan (120% setahun)?’ Jelas sekali orang yang pandai sikit (ustaz PAS) hendak perbodohkan orang yang kurang pintar (ahli KOHILAL peneroka Felda dsbnya) dengan janji dividen 10% sebulan.

Bayangkanlah : kalaulah Amanah Saham Nasional yang jauh lebih pandai berniaga daripada KOHILAL, janjikan dividen 10% sebulan, boleh ke kita percaya mereka? Sudah tentu tak boleh. Habis macam mana pula kita nak percaya PAS, yang tak tahu niaga apa pun, boleh bayar dividen 10% SATU BULAN?

Ianya memang benar sebahagian ahli KOHILAL telah mendapat pulangan lumayan pada tahap awal. Bagaimanakah KOHILAL boleh melakukannya? Jawapannya terletak di sini :

“Selain itu, Badan Perhubungan PAS Negeri juga dipertanggungjawabkan mencari pelabur baru dan akan mendapatkan dividen yang sama”.

Maksudnya untuk memperdayakan ahli, KOHILAL ambil sumbangan dana daripada ahli baru dan membayarnya sebagai dividen kepada ahli lama. Serupa dengan skim cepat kaya Pak Man Telo di Perak pada satu ketika dulu. Inilah skim cepat kaya yang akhirnya bungkus juga.

Tuan-tuan sekalian, pendek kata, selama lebih 15 tahun, iaitu sejak 1997 PAS dan KOHILAL telah membohongi dan menipu ahli Kohilal ia itu saudara seperjuangan dan saudara se-Islam mereka sendiri.

Yang menjadi kaya adalah ustaz-ustaz dan pemimpin PAS yang sedia faham bahawa selagi PAS janjikan syurga dan pahala maka ahli PAS, yang kebanyakkannya orang kampong dan golongan yang tidak terpelajar, akan terus memberi sokongan kewangan kepada KOHILAL menerusi yuran dan pelaburan mereka.

Ahli PAS dunggu. Pemimpin PAS kaya. Kita akan tunjuk buktinya di Bah. 3.

Sumber : The unspinners

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: