Selasa, Januari 15, 2013

Azmin..ohhh Azmin...!!!


Anwar, Azmin dan Shamsidar masing-masing dikaitkan dengan dakwaan skandal seks selain isu integriti yang serius. Wan Azizah selaku Presiden PKR dan sebagai isteri, tidak bersuara.

Kita hanya mampu tersenyum apabila membaca reaksi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berhubung pendedahan bahawa beliau mempunyai kekayaan luar biasa. Seperti skrip lama, Azmin mendakwa dia mangsa fitnah. Kali ini, beliau menganggap apa yang dialaminya sama seperti yang pernah dihadapi Nabi Musa dan Nabi Yusof.

Ramai yang kenal siapa Azmin termasuk orang-orang PKR yang masak dengan tingkah laku dan tabiatnya. Tidak perlulah hendak samakan pula dengan Nabi Musa dan Nabi Yusof. Kalau dikaji sejarah Islam, Nabi Musa dan Nabi Yusof memang menjadi mangsa fitnah. Persoalannya apakah Azmin mangsa fitnah? Beliau lebih tahu apa yang telah dilakukannya.

Berdasarkan pendedahan terbaru oleh pengendali blog, Raja Petra Kamarudin bersama fail sulit Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu dan Ummi Hafilda beserta bukti-bukti, ada asas untuk mempercayai Azmin tidak bersih. Pendapatan sebagai setiausaha sulit dengan gaji tidak sampai RM2,400 tetapi kekayaan tidak masuk dek akal. Kalau di negara lain terutama Barat, pasti kes tersebut dibongkar habis-habisan atas nama integriti.

Azmin didakwa mempunyai kekayaan luar biasa ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Menurut fail sulit itu, Azmin telah disiasat atas kes rasuah tetapi ia dihentikan pada 1995 atas arahan Anwar.


Sejak kebelakangan ini, banyak isu dibangkitkan oleh pelbagai pihak berkaitan Azmin dan isterinya Shamsidar Taharin. Setakat ini, pasangan tersebut berdiam diri dan banyak mengelak. Jika ada pun penjelasan daripada Azmin, ia tidak menjawab persoalan asas sebaliknya menuduh dan mengaitkan pihak lain.

Berikut adalah di antara isu berkaitan Azmin?

1) Tuduhan Ummi Hafilda mengenai aset dimiliki Azmin dan isterinya yang mencecah RM30 juta pada tahun 1990-an.

2) Pendedahan menggemparkan adegan video seks lelaki menyerupai Azmin bersama seorang wanita. Ramai persoalkan mengapa tiada laporan polis dibuat? Ada yang minta Azmin saman blogger yang membuat pendedahan.

3) Dakwaan hubungan dingin di antara isterinya, Shamsidar dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Setakat ini, kedua-duanya belum tampil memberikan sidang akhbar bersama berhubung isu-isu panas yang berbangkit. Shamsidar didakwa menjalin skandal seks dengan Anwar sebagaimana dakwaan, S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda.

4) Status DNA Afifa iaitu salah seorang anak Azmin. Apakah dia anak kandung Azmin atau Anwar seperti yang ditanya oleh banyak pihak menerusi kenyataan media?

5) Pendedahan ibunya, Che Tom Yahaya bahawa Azmin sudah lama tidak pulang dan berubah sikap setelah bersama Anwar. Che Tom meminta Azmin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

6. Azmin juga setakat ini gagal memberikan penjelasan menyakinkan berhubung dakwaan mempersenda Raja-raja Melayu sewaktu pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Selagi semua persoalan itu tidak dihadapinya dengan sikap terbuka, budiman dan bertanggungjawab, selagi itulah ia membentuk persepsi rakyat tentang siapa sebenarnya Azmin dan PKR. Sekarang ini pun, PKR dianggap banyak pihak sebagai parti seks bebas dan tiada integriti. Pembohongan sudah menjadi pakaian pemimpin-pemimpin utamanya. Cukuplah wahai Azmin...!!!

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: