Isnin, Januari 14, 2013

SKANDAL KOHILAL Bah 3: Penyata Akaun Misteri & Anak Syarikat Tidak Berdaftar?



Keuntungan KOHILAL RM1,575 sebulan! Kurang daripada gaji kerani kerajaan. Itulah sebenarnya yang berlaku. PAS telah menipu ahli KOHILAL bahawa skim pelaburan KOHILAL yang terlibat dalam memasarkan barangan tradisional seperti bedak, jamu, makanan ringan, minuman, ubat gigi dan sebagainya memberi kadar faedah yang menarik.

Tetapi perkara yang sebenarnya ialah sepanjang tempoh sepuluh 10 tahun (1986 – 1995), perniagaan KOHILAL hanya dapat menjana keuntungan yang dianggarkan (PAS sendiri tidak pasti) RM 189,431.00. Maksudnya keuntungan purata tahunan hanya RM18,943.00 atau disekitar RM1,575.00 sebulan.

Tuan-tuan cuba fikir perkara ini baik-baik.

Dengan yuran ahli lebih daripada RM2.078 juta, bilangan ahli lebih 20,000 orang, Lembaga Pengarah 10 orang dan pasukan pengurusan yang dilantik PAS, KOHILAL hanya dapat menjana keuntungan RM1,575 sebulan!!!

Makcik yang menjual nasi lemak atau pisang goreng di kaki lima Kuala Lumpur pun boleh mendapat keuntungan yang lebih daripada RM2,000.00 sebulan. Pelaburan “risiko tinggi” pula.

Mengikut laporan consultant yang telah kami terima, berikut:

“Pada akhir 1995, KOHILAL telah melangkah lebih jauh di mana koperasi tersebut telah membuat pelaburan berisiko tinggi dan beberapa anak syarikat telah diwujudkan dalam dan juga luar negeri.

Di peringkat antarabangsa, koperasi ini telah melibatkan dalam pelaburan di INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI, dan AUSTRALIA serta urusniaga import eksport barangan daripada YAMAN dan IRAN melibatkan barangan makanan dan minuman seperti Tamar, Kismis dan Air Zam- Zam menerusi anak-anak syarikat dalam negeri yang bernaung di bawah koperasi KOHILAL:

Pusat Perubatan KOHILAL, Taman Melawati, SELANGOR;
Koperasi Darul Qarar Berhad, KELANTAN;
Koperasi Al-Falah Berhad, Seremban, NEGERI SEMBILAN;
Koperasi Al-Makmur Berhad, PAHANG;
Koperasi Al-Barakah Berhad, Alor Setar, KEDAH;
Koperasi PERAK, PERAK; dan
Koperasi Hak Anak (KOHAMAS) MELAKA, MELAKA.”

Perhatikan bahawa perniagaan ini termasuk mengimpot kismis, air zam zam dan buah tamar yang dijual sebagai penawar anak dunggu, rahsia keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan sebagainya oleh agen ustaz dan ulama tertentu!

Kismis dan tamar sering dijual dengan menggunakan nama ulama mereka. Mereka mendapat komisen dan menjadi kaya tapi hutang kepada KOHILAL tidak terbayar. KOHILAL dan ahlinya rugi tapi Ulama-ulama mereka semua untung besar.

Dan mereka membohong lagi. Menurut PAS sendiri, “beberapa anak-anak syarikat KOHILAL tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Pembangunan Koperasi.” Maksudnya mereka masih beroperasi sebagai syarikat ‘haram’ yang tidak berdaftar.

Contoh anak-anak syarikat Kohilal yang beroperasi tanpa pengiktirafan Jab. Pembangunan Koperasi ialah :

Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn. Bhd
Kohilal Edar Negeri Kelantan Sdn. Bhd
Kohilal Edar Negeri Terengganu Sdn. Bhd
Kohilal Edar Negeri Pahang Sdn. Bhd
Kohilal Edar Wilayah Tengah Sdn. Bhd
Kohilal Edar Negeri Melaka Sdn. Bhd.

Tuan-tuan apakah muslihat disebalik mengendalikan syarikat yang tidak berdaftar? Senang saja.

Syarikat yang tidak berdaftar sebenarnya tidak wujud secara sah dan rasmi. Syarikat demikian tidak perlu sediakan penyata akaun atau menyediakan laporan tahunan setiap hujung tahun.

Tapi syarikat tersebut masih digunakan untuk mengutip derma, sumbangan daripada ahli PAS, yuran daripada ahli KOHILAL dan juga dana pelaburan daripada syarikat induk ia itu KOHILAL sendiri.

Kemudian duit yang diperolehi itu disonglapkan atas alasan membiayai kempen pilihanraya, lawatan pemimpin PAS seperti Hadi Awang ke luar negara dan projek yang membazirkan wang ahli KOHILAL.

Ustaz-ustaz PAS yang jual kismis ajaib – penawar untuk anak dungu lulus peperiksaan, menggunakan duit ahli KOHILAL untuk mengimpot kismis daripada Iran, Yemen dan tempat lain. Kemudian mereka menjual ‘kismis untuk anak dungu’ dan memperolehi kekayaan yang besar.

Cuma mereka “terlupa” menjelaskan hutang mengimpot kismis kepada KOHILAL. Hutang mereka kepada KOHILAL sampai beratus ribu ringgit – semuanya tidak terbayar.

Jadi, jika saudara-saudari kunjungi kedai runcit kampong atau mini market dan melihat gambar Ustaz Ahmad Awang atau Ismail Kamus pada pelekat ‘kismis untuk anak dunggu”, fahamilah bahawa kismis itu dibeli dengan duit ahli KOHILAL dan ahli PAS. Duit anda sendiri.

Tapi jika sesiapa ingin mencuba untuk memeriksa penyata akaun anak syarikat KOHILAL itu – anda membuang masa saja.

Sebab syarikat itu TIDAK BERDAFTAR. Syarikat yang tidak berdaftar sebenarnya TIDAK WUJUD secara rasmi. Syarikat yang tidak wujud secara rasmi TIDAK ADA penyata akaun.

Aset dan kedudukan kewangan Kohilal

PAS berkata bahawa setakat ini, dana KOHILAL adalah dari :

BPA (Caruman Bulanan Anggota untuk Akaun Simpanan) dianggarkan berjumlah RM140,000.00 setiap bulan. Hasil perniagaan berpunca dari aktiviti penjualan barangan sekitar RM 40,000.00 hingga RM 50,000.00 sebulan. Jumlah keuntungan kira-kira 10% - 20% sumbangan dari keseluruhan aktiviti dijalankan. Pendapatan dari sewa bangunan berjumlah RM21,650.00 sebulan yang kebanyakan penyewa terdiri daripada anak-anak syarikat

Senarai perbelanjaan dan keuntungan adalah seperti berikut! Yang amat pelik disini ialah caruman bulanan anggota sebanyak RM140,000.00 jauh melebihi hasil perniagaan dan penjualan barangan sekitar RM40,000 – 50,000 sahaja sebulan. Soalannya ke mana pula pergi baki caruman bulanan anggota sebanyak RM100,000 itu?

Sewa bulanan pun penipuan juga sebab menurut senarai Perbelanjaan dan Keuntungan, KOHILAL tidak dapat kutip semua sewa. Sewa yang dibayar hanya 10% sahaja daripada RM21,650 itu atau RM2,165 sahaja.

Ini kerana sewa bulanan pun dikutip daripada anak-anak syarikat KOHILAL juga, yang semuanya rugi. Maksudnya sewa sebenarnya dibayar dengan menggunakan caruman bulanan anggota KOHILAL juga dan bukan daripada hasil perniagaan. Pengurusan perniagaan jenis apa pula ini?

Penyata kewangan yang misteri.

Yang berikut pula penyata kedudukan kewangan KOHILAL. Siapa pun tidak boleh memahami apa maksud penyata kewangan ini sebab penyata ini ditulis ikut cara yang amat mengelirukan supaya tiada siapa pun boleh faham maksudnya. Akauntan pun tidak boleh faham apa maksud penyata kewangan ini.

Sila lihat bahawa Simpanan Anggota dicatit berjumlah RM39.840 Juta. Tapi ini pun pembohongan juga sebab duit ini sudah tidak ada.

Sudah jadi ghaib seperti hutang buah tamar, hutang buah kismis dan hutang air zam-zam yang masih tidak terbayar oleh pengusaha kismis, zam zam dan buah tamar yang bersekongkol dengan ustaz dan ulama pro PAS. Mereka semua sudah kaya dengan menelan duit ahli KOHILAL.

Menurut konsultan yang dilantik oleh PAS, pada 2000-2002, KOHILAL berada dalam keadaan tenat dan terpaksa menampung kos perbelanjaan pengurusan kira-kira RM40,000.00 sebulan tidak termasuk pembayaran hutang secara bulanan kepada BIMB sebanyak RM 48,000.00. Ini sudah defisit setiap bulan.

Selain itu, KOHILAL juga terpaksa menyediakan peruntukkan untuk pengeluaran pelaburan (modal pusingan) perniagaan dan pembayaran dividen saham kepada ahli setiap 3 bulan seperti yang telah dijanji. Pada 2000-2002 sahaja perbelanjaan memerlukan RM 10 juta.

Fikir-fikirkanlah. Wallahuallam.

Sumber : The unspinners

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: