Selasa, Mac 25, 2014

Penerbangan MAS ke Seoul dilencong ke Hong Kong ekoran generator tidak berfungsi?


Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengesahkan pesawat MH006 syarikat penerbangan itu dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul, malam tadi, dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Pengurus Perhubungan Awam Media MAS Kharunnisak Dzun Nurin berkata pesawat Airbus A330-300 itu selamat mendarat di Hong Kong.

"Bekalan tenaga biasa terus dibekalkan menggunakan unit Kuasa Bantu dan kapal terbang itu kemudian dilencongkan ke Hong Kong untuk pembaikan dan mendarat dengan selamat," katanya.

MH066 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11.37 malam dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 6.50 pagi waktu tempatan (5.50 pagi waktu Malaysia).

Beliau berkata kesemua 271 penumpang dari MH066 dipindahkan ke penerbangan lain.

"Penerbangan balik MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur dibatalkan dan penumpang dipindahkan ke pesawat lain di samping penerbangan berikutnya oleh Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur," katanya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: