Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, Mac 30, 2014
#MH370 : AKTRES ZHANG ZIYI GESA RAKYAT CHINA BOIKOT MALAYSIA?
Selebriti ternama China, Zhang Ziyi secara terbuka menyatakan kemarahan ke atas tindakan Malaysia dalam menangani isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Menerusi laporan Malaysiakini, pelakon yang popular menerusi filem Crouching Tiger, Hidden Dragon itu menyatakan demikian di laman Weibo, sejenis laman sosial persis Twitter dan Facebook di China dengan mengutuk Malaysia dan menggesa agar warga China memboikot produk Malaysia.
Antara status yang dimuat naik oleh Zhang adalah seperti berikut:-
“Kerajaan Malaysia, anda menyakiti dunia! Kami mencari pesawat tetapi anda mengutamakan politik.
“Kerajaan Malaysia, anda salah. Anda salah kerana tidak memikul tanggungjawab sepatutnya sebagai kerajaan. Anda salah kerana mengutamakan usaha politik berbanding menghormati nyawa.
“Anda salah kerana tidak menghormati usaha seluruh dunia, termasuk usaha China untuk mencari kebenaran.
Salah seorang penumpang dalam pesawat malang tersebut adalah perekatari dan pelakon lagak ngeri popular Ju Kun yang pernah bekerjasama dengan Zhang.
Untuk rekod, Zhang sebelum ini pernah berlakon bersama Tan Sri Michelle Yeoh, aktres kelahiran Malaysia dalam dua filem besar iaitu Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000) dan Memoirs of a Geisha (2005).
Status dari Zhang itu dimuat naik selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada hari Isnin lalu mengumumkan pasukan penyiasat percaya penerbangan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi, jauh dari sebarang daratan.
Tindakan Zhang itu selari dengan sentimen para waris penumpang warga China, yang berarak dan berhimpun di hadapan kedutaan Malaysia di Beijing untuk menuntut penjelasan MAS.
Laporan menyebut kumpulan ahli keluarga penumpang itu melaungkan "Kerajaan Malaysia bohong pada kami" dan "Malaysia, kembalikan keluarga kami" sambil berarak secara aman dan mempamerkan kain rentang.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
kerajaan malaysiakah yg memaksa penumpang2 tersebut menaiki mh370? bukankah semua diatur sendiri dan tiada kaitan dgn kerajaan malaysia sehinggalah mh370 hilang? begitu hebat usaha berterusan malaysia mencari mh370 rupanya ada juga yg bebal tak reti bahasa. siapa yg tidak sedih, siapa yg tidak kesal dan siapa yg tidak pilu dgn tragedi ini, namun semuanya perlu ditangani dengan akal, bukan emosi. yg berpolitik bukan kerajaan, tetapi pembangkang gila dalam politik malaysia dan kebanyakannya berbangsa cina! kerajaan dan rakyat malaysia tidak pernah LEPAS TANGAN dalam usaha mencari mh370!! tetapi personaliti seperti zhang ziyi bukan tahu apa, kerana hidupnya adalah lakonan dan bahan yg diupload dalam media sosialnya juga mungkin sekadar lakonan, demi menaikkan populariti.
Catat Ulasan