Isnin, Oktober 21, 2013

Surendran bukan saja pemimpin angkuh, penakut dan 'kecut teloq', tapi bodoh piang?


Kalau tidak berani, tidak perlu cakap besar, demikian sindiran yang diberikan Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin berhubung keengganan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat N Surendran untuk menandatangani borang yang melibatkan syarat indemniti.

Menurut beliau, syarat yang terkandung di dalam surat tersebut merupakan prosedur biasa yang perlu ditandatangani oleh mana-mana pihak yang berkeinginan untuk menyertai operasi pihak berkuasa termasuk tentera.

Kadir yang juga merupakan bekas wartawan tidak menafikan hakikat bahawa beliau sendiri pernah menandatangani borang tersebut bagi membolehkan untuk menyertai operasi mahupun lawatan yang melibatkan pihak berkuasa.

"Kalau tidak berani menyabung nyawa, tak perlulah cakap besar.

"Wartawan pun dikenakan syarat yang sama, misalnya sebelum seorang wartawan menaiki pesawat TUDM atau pesawat milik kerajaan mereka perlu dulu menandatangani surat indemniti itu, jadi ini adalah perkara biasa.

"Sepanjang pengalaman saya, masa saya naik kapal terbang tentera dulu memang begitulah," katanya yang dihubungi Antarapos.


Peguam PKR, R Sivarasa menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menimbang semula keengganan untuk bertanggungjawab ke atas keselamatan Surendran ketika mengikut operasi yang dijalankan polis.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Padang Serai itu dikatakan sudah bersetuju dengan hampir kesemua syarat yang diletakkan pihak polis namun meminta dua syarat yang melibatkan keselamatan itu dipertimbangkan semula.

Namun, keengganan Surendran dan halangan Sivarasa itu dilihat sebagai satu alasan yang dianggap dangkal oleh mereka yang selama ini mempertikaikan operasi polis demi mempertahankan negara daripada ancaman jenayah.

"Orang bodoh ini dia cakap banyak. Tak perlu bagi alasan banyak-banyak, kalau dia tak mahu tanda tangan tak usah ikutlah.

"Orang-orang macam ini jangan layan sangat, dia orang ini bangsa yang suka bercakap.

"Kalau kain panjang sejengkal, lautan dalam jangan diuji, itu sahajalah," tegas Kadir sekali lagi sebagai meminta Surendran mengakui kegusarannya itu untuk menyertai operasi polis.

Terdahulu Surendran mahu menyertai operasi polis ekoran tidak berpuas hati terhadap tindakan mereka yang menembak penjenayah secara melulu.

Beliau juga tidak bersetuju dengan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang diusulkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menggunakan dasar "tembak dahulu" kepada penjenayah.

Suara Politik
Belantan

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BIASA LE HINU....KELING ESTET NI..KLU BKN PERANGAI MCM NI BUKAN KELING LE BRO...

Abd Razak berkata...

aaaaaaaaaaaaa!!! tau takut nyawa terancam si keling ni
anggota polis ada ka hang pikiaq?
sebab tu peguam rata2 suka sangat membela penjenayah yang dihadap kemahkamah.rata2 peguam tau penjenayah yg dibicara telah melakukan jenayah.tapi depa bela hanya kerana wang

Taminsari berkata...

Baru dia tau langit tu tinggi ke rendah. Cakap memang lah pandai, bila dah kena kat batang hidung sendiri macam-macam alasan pula yang di beri. Memang hampas betul keling sorang nih..!!!