Jumaat, Oktober 04, 2013

Jabatan Audit Negara terlepas pandang untuk mengAudit bagaimana Penasihat Ekonomi Selangor yang bergaji RM1.00 membiayai kos kes mahkamah?


Kelihatan Anwar Ibrahim sekali lagi melalak di Parlimen dan mendesak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membuat sidang khas bagi meneliti dan mengambil tindakan tegas terhadap penyelewengan dan kebocoran yang berlaku, melibatkan beberapa kementerian dan jabatan kerajaan. Agak menarik juga mengapa tidak diminta sekali PAC siasat dari mana datangnya dana yang biayai kos kes mahkamah beliau?

Anwar menegaskan walaupun perkara itu banyak kali didedahkan dalam Laporan Audit Negara, namun tiada tindakan susulan diambil khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah di peringkat pentadbiran kerajaan.

"Kita seolah-olah terkejut dengan kebocoran dan penyelewengan yang berlaku saban tahun dan ia semakin parah tetapi tiada tindakan tegas diambil.

"Kami mahu SPRM mengemukakan laporan tentang siasatan penyelewengan ini bukannya beri alasan dalam siasatan dan pertimbangan," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan pada 1 Oktober lalu berhubung pelbagai kelemahan dalam mentadbir urus dana awam termasuklah penyelewengan, pembaziran awam dan ketirisan melibatkan kementerian dan jabatan kerajaan.


Antara kelemahan yang dikesan dalam pengurusan dana awam itu termasuklah kos pembangunan laman sosial Facebook dan Twitter bagi aktiviti promosi kesihatan yang bernilai RM320,000.

Ketua Audit Negara turut menegur kempen Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi pengagihan barangan dalam bentuk cenderahati seperti beg galas dan penanda nota bermesej yang tidak diagihkan kepada golongan sasar disebabkan penggunaan perkataan tidak sesuai.

"Beg galas dan pelekat penanda yang memaparkan slogan 'Smoking, A Stupid Habit for Stupid People' tidak sesuai diagihkan kepada golongan sasar," menurut laporan itu.

Jabatan Audit Negara turut mendapati poster dan risalah di mana karya seni yang siap disediakan secara dalaman dan cetakan dibuat syarikat percetakan mengandungi beberapa kesilapan laras bahasa dan ejaan melibatkan kos melebihi RM31,200.

Bagi penulis agak terkilan jugalah jika Jabatan Audit negara terlepas pandang untuk meneliti dan mendedahkan dari mana seorang ahli parlimen yang juga Penasihat Ekonomi Selangor yang bergaji RM1.00 sebulan ini mendapat dana yang banyak untuk membiayai kos 2 kes mahkamah yang berjumlah ratusan ribu ringgit!


Baru-baru ini bekas pembantu kepada pasukan pembelaan Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay mendedahkan sekurang-kurangnya RM 940,000 dibelanjakan oleh pihak Ketua Umum PKR untuk membiayai dua kes mahkamah.

Kes pertama, kata Yuktes membabitkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana dalam kes tersebut Anwar kalah di semua peringkat, Mahkamah Tinggi, Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah turut mengarahkan Anwar membayar kepada Dr Mahathir sebanyak RM 190,000.

Pada 26 Januari 2006, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Dr Mahathir berkaitan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menuduh Anwar sebagai seorang pengamal homoseks (gay) selepas program “Human Rights and Globalisation” anjuran SUHAKAM pada 9 September 2005. Sila baca di sini.

Dalam kes kedua pula, Yuktes menambah, Anwar terpaksa membayar sejumlah wang tertentu kepada pakar-pakar luar negara dalam kes liwat kedua.


1. Dr. Brian Leslie McDonald (Australia) – RM 300,000

2. Dr. David Lawrence Noel Wells (Australia) – RM 300,000

3. Dr Thomas Hoogland (Jerman) – RM 50,000

4. Lain-lain kos untuk media antarabangsa – RM 100,000

“Ini setakat untuk dua kes saja, persoalannya dari mana Anwar mendapat duit sebanyak itu untuk membiayai kos-kos pengurusan peribadinya di mahkamah,” soal Yuktes.

Agak-agaknya dari mana Anwar mendapat sumber kewangan yang lumayan bagi membiayai kos kes mahkamah beliau. Kalau setakat gaji RM1.00 sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan juga elaun beliau sebagai seorang ahli Parlimen, mencukupi ke?
Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: