Khamis, Oktober 31, 2013

Niat jahat China Press nak kaitkan pemansuhan subsidi gula dengan menuduh pegawai-pegawai kerajaan makan rasuah?


Isu pemansuhan subsidi gula seperti yang diumumkan dalam Bajet 2014 turut diulas oleh China Press dalam artikel bertarikh 28 Oktober 2013.

Artikel bertajuk ‘Mansuh subsidi gula menguntungkan siapa?’ yang ditulis oleh penulis yang menggunakan nama samaran Wang Yang disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman 19.

Dalam sekelip mata sahaja, harga gula naik 34 sen. Kenaikan harga gula menimbulkan pelbagai reaksi termasuk meningkatnya harga gula-gula, roti dan biskut.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, walaupun gula menjadi sebahagian daripada keperluan hidup rakyat di negara ini tetapi ia bukannya bahan keperluan asas. Sebab itu pihak kerajaan memansuhkan subsidi gula.

Beliau bukan mengada-adakan kenyataan itu kerana apa yang dia sebut itu memang betul kerana gula berlebihan akan memudaratkan kesihatan kita.

Memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen pada dasarnya lebih bagus daripada memansuhkan subsidi bahan api.

Ini kerana pemansuhan subsidi bahan api akan memberikan kesan yang lebih meluas. Rakyat boleh hidup dengan mengurangkan gula tetapi mereka tidak boleh hidup jika tidak menggunakan bahan api.

Diharap penjimatan daripada pemansuhan subsidi gula digunakan dengan sebaik-baiknya. Gunakan ia untuk perkara-perkara yang menguntungkan rakyat.

Janganlah ia digunakan untuk membeli barangan yang mahal dan menguntungkan pegawai-pegawai kerajaan yang rasuah.

Perlu diingatkan di sini, hari ini rakyat negara kita amat mementingkan kesihatan dan kebanyakan mereka memilih makanan dan minuman yang kurang gula.

Bagaimanapun, penjual makanan dan minuman kurang gula ini dilihat ikut sama menaikkan harga barangan jualan mereka selepas subsidi gula dimansuhkan. Perkara ini, perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan.

Selain itu, yang peliknya, barangan yang dijual dengan label ‘kurang gula’ di pasaran semakin mahal. Bukankah pihak kerajaan menggalakkan rakyat kurangkan memakan gula? Kenapa barangan yang kurang gula atau tiada gula langsung menjadi semakin mahal?

Ini membuktikan peniaga terbabit mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan mudah.

Pihak kerajaan perlu bertindak terhadap peniaga berkenaan. Jika tidak, rakyat tidak akan salahkan peniaga ini, tetapi rakyat hanya akan salahkan kerajaan.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: