Rabu, Oktober 09, 2013

China Press : Memang Wujud Sentimen Anti Dinasti Lim Dalam Pemilihan CEC?


Keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 29 September lalu membuktikan wujudnya sentimen anti Dinasti Lim.

Dinasti Lim merujuk terhadap penguasaan bapa dan anak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang mencengkam parti itu sejak dari tahun 1969.

“Keputusan pemilihan semula DAP menunjukkan bahawa para perwakilan ingin keseimbangan kuasa dalam CEC,” lapor China Press.

Yu Pei Ni, penulis China Press berpendapat perubahan kedudukan dalam senarai 17 CEC menghantar satu mesej yang jelas bahawa perwakilan mahu check and balance kepada kepimpinan parti itu yang sebelum ini sangat utuh.


Ketua DAP di parlimen yang juga penasihat parti, Lim Kit Siang jatuh ke nombor kedua daripada pemilihan sebelumnya pada Disember 2012 yang dominan di tempat yang pertama.

Kit Siang mengalami kemerosotan majoriti sebanyak 171 undi.

Manakala anaknya, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung parti dari tempat kedua sebelumnya menjunam ke tempat kelima di mana majoriti undinya merosot sebanyak 272 undi.

Timbalan Pengerusi DAP yang juga Pengerusi disiplin parti, Tan Kok Wai sebelum ini berada di tempat keenam telah terkeluar dari senarai ‘top 10′ apabila beliau mendapat tempat ke-16 dalam pemilihan semula baru-baru ini, tulis Chinese Press.

Jenice Lee menamakan Kit Siang, Guan Eng, Kok Wai dan Karpal Singh sebagai ‘kumpulan empat‘ daripada Dinasti Lim.

Yu, penulis Chinese Press merumuskan keputusan itu jelas menunjukkan wujudnya sentimen anti-Lim.


“Sudah tentu, adalah misi mustahil untuk menggulingkan Lim (Kit Siang dan Guan Eng), (namun) dengan undi mereka delegasi hanya boleh memberitahu Setiausaha Agung bahawa kejayaan DAP tidak boleh berlaku dengan usaha satu atau dua orang semata-mata, ia adalah satu pencapaian secara kolektif, semua ahli akar umbi di seluruh negara sepanjang beberapa dekad yang lalu,” katanya.

Melihat kepada “menu” (senarai kempen calon) yang diedarkan dalam Kongres Khas DAP, China Press melaporkan terdapat satu lagi pecahan kumpulan alternatif dari DAP Pulau Pinang yang tidak diluluskan oleh Guan Eng dan ahli pasukannya telah menamakan Teresa Kok, Liew Chin Tong, Anthony Loke, Zairil, Teo Nie Ching dan Gobind Singh.

Perpecahan turut berlaku dalam DAP Perak, di mana kumpulan yang diketuai oleh bekas Ketua Publisiti Pemilihan DAP, Hew Kuan Yew telah berkempen menjatuhkan pasangan sepupu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Hew, pro Guan Eng yang dikenali juga sebagai ‘Superman’ telah mengkritik secara terbuka Ngeh dan Nga di Facebook dan menyeru para perwakilan agar mengeluarkan mereka daripada daripada senarai 20 CEC.


Ngeh dan Nga dilaporkan FMT bakal terkeluar dari senarai CEC disebabkan nama mereka dan seorang lagi dari kumpulan lima harimau, Boo Cheng Hau (Pengerusi DAP Johor) tiada dalam senarai ‘menu’ utama yang direstui Dinasti Lim.

Pada pemilihan semula CEC 29 September itu, hanya 68 calon yang pernah bertanding dalam pemilihan 15 Disember 2012 dibenarkan bertanding semula.

Tiada calon baru dibenarkan bertanding, namun daripada 68 calon itu, 17 calon telah menarik diri.

Antara mereka adalah; Choong Siew Onn, Er Teck Hw, V. Ganabatirau, Jagdeep Singh Deo, V. Jaya Balan, Kamache Doray Rajoo, M Manogaran, Ng Chin Tsai, Ng Wei Aik, RSN Rayer, Siew Kim Leong, Soh Boon Hong, Tan Lee Koon, Teo Kok Seong, Violet Yong dan Roseli Abdul Ghani.

Turut tidak bertanding daripada 68 calon itu adalah Hiew King Cheu, ADUN Luyang dan John Fernandez, bekas Ahli Parlimen Seremban kerana kedua-dua mereka telah bertindak keluar daripada DAP.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: