Selasa, Oktober 15, 2013

Isu Kalimah Allah : Keputusan Mahkamah Rayuan satu hadiah kepada umat Islam di Malaysia sempena menyambut Aidiladha!


Keputusan Mahkamah Rayuan tidak membenarkan Roman Katolik menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald merupakan hadiah kepada umat Islam khususnya di Malaysia. Ia menjadi lebih bermakna apabila ia diputuskan ketika umat Islam bersiap sedia menyambut Aidiladha.

Apa yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan juga menjadi suatu penghargaan kepada usaha banyak pihak yang bulat dalam mempertahankan kesucian nama Allah; yang tidak pernah berganjak daripada memastikan kalimah itu tidak digunakan oleh penganut agama lain.

Dalam konteks kehidupan beragama di Malaysia, ia mengarah kepada pengekalan keharmonian hubungan antara agama. Pada masa yang sama kes terbabit perlu menjadi iktibar kepada semua iaitu jangan ada usaha dalam apa juga bentuk untuk menjejaskan kedaulatan Islam yang merupakan agama rasmi di negara ini kerana sebarang percubaan ke arah itu akan turut menjejaskan keharmonian kehidupan masyarakat pelbagai kaum dan anutan agama.

Selaku warganegara Malaysia, setiap daripada kita tanpa mengira anutan agama perlu akur dengan kedaulatan Islam, ketinggian hukum dan syiar Islam di negara ini. Langkah Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan awal yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi mengenai hal tersebut adalah usaha ‘pembetulan’ yang bertepatan dengan teras dan peruntukan Perlembagaan negara yang menggariskan secara jelas hak-hak Islam dan umatnya serta peranan institusi raja-raja Melayu selaku pelindung agama Islam.

Malah ia secara sedar atau tidak selari dengan fatwa berkaitan kalimah suci itu.

Kita semua tahu, Perkara 11 (4), Perlembagaan Persekutuan secara jelas melarang nama Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam dalam apa juga perkara yang berkaitan dengan agama mereka.

Selamat Menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Allahuakbar..!!!

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: