Rabu, Oktober 30, 2013

Nasrudin tidak pertahan jawatan?


Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan tidak akan mempertahan jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas yang disandangnya sejak 2009 dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Nasrudin berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu mengetuai sayap parti berlabel Islam tersebut dengan lebih baik.

Beliau turut mengumumkan akan menerima pencalonan bagi Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

"Secara rasminya saya mahu mengumumkan bahawa saya menarik diri dari bertanding mengekalkan jawatan Ketua Pemuda Pas.


"Dewan Pemuda tidak pernah ketandusan pemimpin berwibawa. Jadi terserah kepada perwakilan untuk membuat pilihan kepimpinan baru menerajui pemuda akan datang," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily hari ini.

Bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas, Jawatankuasa Pemilihan Muktamar sebelum ini mengumumkan menerima enam pencalonan.

Selain Nasrudin, lima lagi calon ialah Kamaruzzaman Mohammad; Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-His; Dr. Riduan Mohd Nor; Suhaizan Kaiat dan Zulhazmi Zakaria.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: