Khamis, Oktober 10, 2013

'Perdana Menteri' Anwar Ibrahim Tertarik Personaliti Pope?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata beliau amat tertarik dengan personaliti Pope Francis yang kononnya prihatin bukan sahaja terhadap penganut agama Kristian tetapi juga kepada umat Islam.

“Saya tertarik mengenai Pope Francis ini kerana dia mempunyai pendekatan yang agak lumayan bukan saja terhadap orang Kristian tetapi juga terhadap orang Islam.

“Kenyataan beliau mengenai Syria itu penting, dia bukan saja melahirkan kebimbangan kerana beberapa gereja diserang tetapi dia juga mengingatkan orang-orang Kristian terlalu ramai orang Islam dibunuh akibat kezaliman dan orang Kristian perlu bersama-sama bertanggungjawab,” katanya pada sidang medianya di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya.

Anwar baru-baru ini mendakwa beliau dijemput oleh Pope untuk menyertai dialog berkaitan agama di Rom. Persoalannya adalah atas kapasiti apa Anwar dijemput ke Rom untuk berdailog? Dialog itu turut melibatkan pemimpin Islam, Kristian dan agama lain di Sepanyol.



Ketika ditanya apakah hasil perbincangan itu, Anwar berkata rudingan itu berkisar kepada soal keselamatan dan kerjasama di antara Kristian dan Muslim bersabit beberapa kontroversi berbangkit sama ada di negara ini mahupun di luar.

“Saya mengalu-alukan pendapat yang cukup berlapang dada dan saya juga menyokong kerjasama antara Muslim dan Kristian dan juga kerjasama antara agama.

“Saya difahamkan, Pope dimaklumkan berhubung polemik yang berlaku di negara kita dan beliau mengucapkan terima kasih dan berharap marilah sama-sama supaya ada persefahaman di antara Muslim dan Kristian di Malaysia termasuk agama-agama lain,” katanya kepada pemberita tadi.

Anwar sebelum ini meminta rakyat agar memahami tujuan sebenar pertemuannya dengan Pope.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan terpaksa meuar-uarkan pertemuan itu terlebih dahulu kononnya bimbang ia akan dijadikan kontroversi oleh seteru politik.

Demi meneutralkan pertemuan itu, Anwar juga dikatakan dengan sengaja memetik pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Pope Benedict XVI di Apostolic Palace, Castel Gandolfo di luar Rom pada 18 Julai 2011.

Beliau turut merujuk lawatan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad terhadap Pope John Paul pada Jun 2002. Jadi adakah Anwar juga perasan dan beranggapan yang beliau adalah 'Perdana Menteri Malaysia' yang patut juga bertemu dengan Pope? Susah betul bila sudah jadi sewel macam ini!

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: