Rabu, Oktober 16, 2013

JATI Kesal PAS Tidak Bela Kalimah Allah?


Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Datuk Aidit Ghazali kesal apabila hanya segelintir pemimpin Pas tampil mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Katanya adalah pelik apabila melihat gelagat pimpinan Pas yang sibuk turun ke jalanan bagi menyertai demonstrasi anjuran BERSIH, Black505 dan sebagainya tetapi tidak pula secara ramai-ramai mempertahankan kalimah Allah.

“Saya melihat selagi Pas menjadi hamba kepada telunjuk PKR dan DAP, agenda perjuangan Pas akan bercelaru dan tokoh-tokoh ulama yang ada kewibawaan seperti Datuk Haron Din, Datuk Harun Taib, mereka akan tenggelam dalam kecelaruan ini bukan sebab mereka setuju dengan apa yang dibuat oleh Pas tetapi suara mereka ini tidak kuat.

“Tambah lagi bukan sekadar yang sekarang ini saya lihat ikut telunjuk PKR dan DAP tetapi Pas yang sekarang ini banyak memonopoli oleh parasit-parasit,” katanya.



Justeru beliau meminta Ulama Muda Pas bangun melawan parasit yang wujud dalam Pas yang dakwanya bukan sahaja tidak bersungguh-sungguh mempertahankan kalimah Allah tetapi juga isu-isu lain.

“Lebih-lebih lagi di kalangan ulama pemuda yang masih lagi membawa semangat perjuangan Pas yang asal.

“Dan saya mendoakan semoga golongan ulama pemuda ini mampu untuk mengembalikan Pas semula ke landasan asal. Sekiranya tidak Pas akan dilihat hilang fokus hak mereka untuk berbicara tentang Islam tentang apa sekali pun,” katanya.

Malah katanya jika parasit-parasit ini dibiarkan, Pas akan ketinggalan dan tersasar jauh dari perjuangan asal mereka selama ini.



“Parasit-parasit ini dia hidup atas semangat orang lain, ertinya dia bukan hendak menjiwai atas apa yang ada di atas landasan, tetapi dia hendak tukar Pas untuk jadi sesuatu yang mengikut agenda mereka yang sempit supaya Pas menjadi ala PKR, PAS menjadi ala DAP.

“Jadi itu sebab saya tidak hairan langsung, mereka yang di kalangan Pas tidak berada bersama-sama kita tetapi yang saya yakin sekarang ini sedang wujud satu gelombang baru dalam Pas,” katanya.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini memberitahu kalimah Allah boleh diguna pakai bukan Islam. Kenyataan itu bingkas disambut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Majlis Syura Ulama Pas menegaskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam kitab Bible walaupun ia boleh disebut oleh sesiapa sahaja.-Antarapos

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: