Sabtu, Mei 19, 2012

Sah : Sampah punca kes denggi meningkat di Selangor!



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liong Tiong Lai menyifatkan antara punca utama peningkatan hampir 50 peratus jumlah kes dan kematian denggi di Selangor sejak Januari hingga minggu lalu, adalah disebabkan oleh pungutan sampah yang tidak mengikut jadual ditetapkan.

Beliau berkata, kegagalan tersebut telah memudahkan lagi pembiakan nyamuk Aedes dan sekali gus meningkatkan jumlah kes serta kematian akibat denggi di negeri itu. Katanya, ia juga dipengaruhi dengan kepadatan penduduk dan perumahan yang tinggi di Selangor.



"Tempat pembuangan sampah yang tidak dibersihkan secara berkala kerana sampah tidak dipungut dalam masa tertentu menyebabkan nyamuk Aedes membiak dengan cepat.

"Kalau sampah dibiarkan lebih seminggu, ia sudah boleh membiakkan nyamuk Aedes walaupun dalam sesudu air sahaja,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Sihat Cergas Ceria 2012 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di sini hari ini.



Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Azman Abu Bakar dan Pegawai Kesihatan Daerah Sepang, Dr Ruhaini Ismail.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan akhbar semalam menyebut Selangor terus merekodkan jumlah kes dan kematian denggi tertinggi dengan 4,161 kes dan 10 kematian sejak Januari hingga 12 Mei lalu, meningkat hampir 50 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan kira-kira 2,770 kes dengan tiga kematian.-UMO

Jangan lupa MB Khalid...Ini sampah di Ijok!!!
















Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: