Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, Mei 29, 2012
Lebuhraya lebih penting dari sumber air bersih – Kelantan negeri berkebajikan guna derma awam untuk bina Lebuhraya!
Selama lebih 20 tahun PAS memerintah Kelantan dan selama itulah juga PAS mengutip derma pada setiap kali ceramah-ceramah mereka, namun yang hanya dapat dibuat hanyalah sebuah masjid yang bercirikan senibina negara China! Berapakah harga pembinaan masjid tersebut? Mungkin tak sampai RM10 juta!
Kerajaan pusat sudah mengeluarkan pinjaman sebanyak lebih RM500 juta kepada kerajaan Kelantan untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan, namun apakah hasil yang dapat dilihat sekarang? Kualiti air Kelantan masih ditakuk lama, kotor dan berkeladak!
Dan sekarang timbul pula rancangan yang sudah lama tertangguh sejak Rancangan Malaysia ke-5 iaitu mahu membina Lebuhraya dari Kota Bharu ke Kuala Kerai dengan menggunakan hasil derma rakyat!
Cuba bayangkan untuk membina sebuah masjid, rakyat Kelantan terpaksa menunggu selama hampir 20 tahun untuk membinanya dengan hasil mengutip derma, bagaimana pula dengan cadangan membina lebuhraya ini!
Pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer, yang akan menelan kos RM1.8 bilion, yang tertangguh sejak 26 tahun, dimulakan di Kampung Berangan Mek Nab disini antara lain menggunakan sumbangan orang ramai.
Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setelah lebih dua dekad pembinaannya ditangguhkan oleh Kerajaan Pusat, pihaknya mengambil keputusan membina sendiri jalan baru itu demi kemudahan rakyat. Katanya, Projek jalan baru itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) dan ditangguhkan dari tahun ke tahun.
Malangnya pada RMK-10 ia tidak lagi disenaraikan dan kami (Kerajaan Negeri) mengambil keputusan membinanya sendiri.
"Jalan baru ini memainkan peranan penting dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas pada musim perayaan seterusnya membantu menurunkan indeks kemalangan jalan raya," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Pakej 1 ( Machang-Kuaala Krai) di Kampung Berangan Mek Nab di sini. Projek keseluruhan yang dijangka bernilai RM1.8 bilion itu bakal disiapkan dalam masa tiga tahun. Pada majlis itu, orang perseorangan dan korporat turut menyumbang bagi sama-sama menjayakan lebuh raya rakyat itu.
Nik Abdul Aziz berkata, lebuh raya yang berkonsepkan tanpa tol itu turut dilaksanakan secara wakaf di mana kos pembinaannya serta penyelenggarannya dibiayai sebahagiannya oleh dana hasil sumbangan derma dan wakaf rakyat serta syarikat swasta.
Katanya, projek itu adalah demi kepentingan rakyat dan bukannya permainan politik sebagaimana yang didakwa beberapa pihak.
Agak menghairankan ketika rakyat Kelantan bergelut dan sangat memerlukan sumber air bersih untuk kehidupan seharian mereka, kerajaan negeri pula mengambil bersikap lepas tangan sahaja.
Adakah pembinaan lebuhraya ini lebih penting dari menyelesaikan masalah rakyat mendapatkan bekalan air bersih? Atau kerajaan negeri hanya memikirkan keuntungan semata-mata dengan membina lebuhraya tersebut!
Jika kerajaan PAS Kelantan mengatakan mereka adalah negeri berkebajikan, sepatutnya mereka berusaha mendapatkan 'income' dari sumber lain untuk membina lebuhraya tersebut dan bukannya menyusahkan rakyat? Sampai bila rakyat harus terus menderma dan menderma lagi, tetapi yang 'kenyang' hanyalah para pemimpin mereka!
Sudah tiba masanya rakyat Kelantan memikirkan untuk menukar kerajaan sekarang selepas PRU ke-13 nanti. InsyaAllah...!!!
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan