Ahad, Mei 13, 2012

Husam confirms – 'Hukum hudud' is not Pakatan Rakyat policy!



PAS Admits Difficulty Getting Consensus On Hudud From Opposition Partners

KOTA BAHARU, Dec 22 (Bernama) — PAS has admitted that the implementation of Hudud and Qisas laws would have to be postponed even if Pakatan Rakyat is able to take over the government in future.

This is because it will require the agreement of its two other Pakatan Rakyat partners, Parti Keadilan Rakyat (PKR) and DAP, which has already objected to the plan.

The admission was made by PAS vice-president Datuk Husam Musa at a press conference, here, today as the three opposition components had signed an agreement in August, stating that any policy change should have a multilateral agreement among them.

Husam said PAS would not act unilaterally in coming up with the Hudud law if the party ruled the country but would instead work together with DAP and PKR on the matter.
“However, PAS will continue with its struggle to implement Hudud law, which is God’s law, by explaining to all quarters, including the Pakatan Rakyat component parties, until they are ready to accept the law.

“We will discuss the Hudud law and if they cannot accept its implementation when the time comes, we will postpone it,” he said.

In Islamic law, Hudud usually refers to the punishments that are fixed for certain offences including theft, robbery, illicit sex, alcohol consumption and apostasy. Punishment for these offences are corporal in nature, involving whipping, stoning to death and amputation of limbs.

Qisas (law of retaliation) refers to offences that involve bodily injury or loss of life. The punishment is death or imprisonment, but compensation in the form of money or property is accepted if the victim’s guardian forgives the offender.

Husam said many things had be done before the Hudud and Qisas laws could be brought to Parliament, including holding a referendum or discussions with the legal bodies.

He said at the same time, several national issues such as racial unity, the New Economic Policy (NEP), corruption and the economy, would also have to be addressed fast.

“The Hudud law is still hypothetical. There are other issues that have to take precedence,” he said.

He cited the NEP which focused on the advancement of the Malays in the field without taking into consideraton the poor among the Indians and Chinese who also needed assistance, hence PAS regarded the NEP as unIslamic.

He said PAS would continue to explain to the people Hudud and Qisas laws to discourage them from committing crime.

Asked how long would the people have to wait for the implementation of the laws, Husam said: “What’s wrong with waiting longer? Umno has not done it after more than 50 years in power.”



Sudah tak sanggup nak buat, kemudian nak salahkan UMNO pulak! PAS mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.

Naib presidennya ketika itu, Datuk Husam Musa berkata parti-parti dalam gabungan pembangkang telah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan ketiga-tiga parti tersebut, lapor Bernama.

"PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral," katanya di Kota Bharu.

Akan tetapi di dalam satu forum selepas itu Husam terlepas cakap dengan berkata PAS akan tetap melaksanakan hudud tetapi pendirian itu dibantah oleh DAP. "Pasal hudud kita bincang, kalau tidak boleh terima lagi, kita tangguhkan lagi," kata Husam.

Beliau berkata banyak perkara perlu dilakukan untuk menggubal undang-undang hudud itu seperti mengadakan rundingan dengan badan-badan peguam dan mungkin perlu diadakan pungutan suara. DAP hari ini membantah hasrat PAS untuk menjalankan hudud sekiranya berjaya menguasai kerajaan persekutuan.

"Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan tiba giliran Husam menjelaskan apa yang dimaksudkannya," kata tokoh popular parti Lim Kit Siang.

DAP, tambahnya dalam satu kenyataan, terus dengan pendiriannya untuk mempertahankan wajah sekular bangsa dan negara Malaysia seperti dipersetujui dalam kontrak sosial oleh pengasas kemerdekaan negara lebih 50 tahun yang lalu.

Cuba kita lihat bersabit pendirian Naib Presiden PAS iaitu Husam Musa mengenai perlaksanaan hukum Hudud. Dalam forum beliau membuat pengakuan PAS akan melaksanakannya jika mereka memerintah negara ini. Disebaliknya bila diasak oleh DAP, beliau segera menukar kenyataan tersebut.

Persoalan penting di sini "Adakah pemimpin PAS lebih takut kepada DAP"?

Jika begitulah pendirian dan halatuju PAS masa sekarang, adalah lebih baik mereka bergabung semula dengan UMNO seberapa segera sebelum PRU-13 demi kepentingan umat Melayu dan Islam di negara ini. PAS dikatakan memaksa orang lain untuk buat hudud.

Mengapa sampai sekarang ini PAS tidak boleh lagi pengaruhi DAP dan ahli-ahli parlimen bukan Islam dalam PKR untuk terima hudud? Anwar Ibrahim tidak tolong PAS untuk convience mereka terima hudud?

Akibat pukulan dan desakan DAP ini, Husam yang tampak berani dan bersemangat tinggi semasa majlis Wacana di Balai Islam Kota Bharu, tiba-tiba pula menjadi ikon transformasi politik layu di mana dengan longlai dan lesunya tunduk kepada gertakan DAP.


Tidak sampai dua hari selepas Husam dengan lantang memberi jaminan kepada penyokong tegar PAS di gelanggangnya sendiri bahawa hudud akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan, beliau sudah pun "surrender" dan kata hukum hudud tidak akan dilaksanakan kerana memerlukan persetujuan rakan kongsi "senior" dalam Pakatan Rakyat yakni PKR dan DAP.

Kenyataan "u-turn" Husam dalam tempoh yang amat pendek sekali memberikan kita satu lagi contoh dimana PAS terpaksa tunduk kepada desakan parti DAP. Dimanakah prinsip PAS yang dikatakan oleh Husam semasa beliau bentangkan mukadimahnya di Wacana tersebut yang mana antara "P" penting yang disebut adalah prinsip? Takkan prinsip boleh dibuang begitu mudah sahaja?

Memang sesuatu yang dijangkakan DAP pasti menentang cadangan Hudud dan Qisas ni. Kenyataan Husam yang dbuat akibat tekanan dan provokasi oleh Khairy Jamaluddin hanya memakan dirinya sendiri. Tentulah kata-kata Husam itu disorak gembira oleh penyokong PAS sewaktu wacana itu, tapi jika dibuat untuk populariti semata-mata akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Nampaknya Lim Guan Eng yang dianggap khalifah dan dikatakan 'faham Islam' sendiri yang mengeluarkan kenyataan menentang Hudud dan Qisas. Malangnya selama ini pemimpin PAS hanya menganggap orang UMNO sahaja yang tak nak Hudud tapi jika direnungkan dengan melihat penyokong PAS dan PR, sebenarnya mereka sendiri pun takut pada pelaksanaan Hudud ini.

Jika benarlah PAS ikhlas nak buat Hudud dan Qisas, lebih baik mulakan di Kelantan di mana DAP langsung tak ada pengaruh dan tak ada kuasa di sini. Mampukah? Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: