Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, Mei 02, 2012
'Demokrasi tulen' ciptaan Pakatan Rakyat yang 'Haram'!
Isu menggerakkan satu 'perhimpunan' terancang oleh pakatan pembangkang Sabtu lepas hanyalah sekadar 'pancing' untuk memenangi hati rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Ia sebenarnya telah 'disusuli' kononnya dengan janji-janji yang mahu 'dikotakan' yang sebenarnya adalah janji-janji tambahan daripada apa yang sudah mereka sebut dalam Buku Jingga - melibatkan janji politik, janji ekonomi dan janji pentadbiran.
Pembangkang menguar-uarkannya kepada janji empat kerangka asas iaitu untuk mewujudkan demokrasi yang telus dan tulen, memacu ekonomi berprestasi tinggi, keadilan sosial dan perhubungan persekutuan dan negeri.
Jika direnung, diteliti dan dikaji secara berfakta dengan mata hati, keempat-empat kerangka asas ini tidak pun berlaku walaupun setelah hampir empat tahun pembangkang memerintah empat negeri.
Misalnya, kita dapat lihat bagaimana 'demokrasi tulen' yang dimaksudkan itu tidak terserlah dalam pemilihan parti mereka sendiri. Pemilihan PKR tempoh hari bergolak. Bayangkan bilangan kertas undi lebih daripada perwakilan yang mengundi.
Kejujuran DAP, Pas dan PKR tidak terserlah juga dalam menerima teguran-teguran daripada badan-badan bukan kerajaan. Mereka menyekat kehadiran akhbar-akhbar tertentu daripada menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri. Mereka tidak memberikan kebebasan bersuara dalam TV Selangor, dalam liputan perbahasan bekas Exco kerajaan negeri itu, Datuk Dr. Hasan Ali yang tidak ada ruang buat penjelasan, sidang dewan tertutup, tidak mengimbangi laporan dalam Harakah dan Suara Keadilan yang mana semuanya berat sebelah.
Sebab itu, asas-asas kerangka tersebut khususnya demokrasi tulen yang dicanangkan pakatan pembangkang sebenarnya jauh daripada pelaksanaan.
Demikian juga soal memacukan ekonomi berprestasi tinggi yang mana hal itu merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara yang hanya sekadar disebut, tetapi tidak pernah diperincikan dalam mana-mana ucapan sama ada bertulis atau lisan. Hanya yang ditekankan lebih kepada pengagihan atau pun disebut sebagai keadilan sosial.
Pengagihan yang tidak berasaskan kepada pertumbuhan ekonomi berprestasi tinggi ini menunjukkan bahawa menerusi angka-angka, ia hanyalah bersifat sesuatu yang tidak praktikal dan sukar dilaksanakan.
Begitu juga soal hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang mana rakyat melihat bagaimana setiap satunya tidak dilaksanakan. Dalam konteks Selangor dan Persekutuan, banyak keputusan Persekutuan yang dirombak dan dirungkai dengan tidak ada pendekatan mencari jalan keluar dalam isu air, pelupusan sampah serta pembersihan sampah selain isu pelaburan.
Isu urusan pentadbiran antara negeri-negeri yang ditadbir pembangkang juga nampak semakin kusut daripada apa yang sepatutnya digerakkan. Sebab itu rakyat melihat banyak ucapan yang dibuat adalah bersifat populis - satu godaan pilihan raya.
Ironisnya, banyak janji yang disebut dan ditambah oleh kepimpinan pembangkang, baik daripada Pas, DAP dan PKR dari semasa ke semasa, antaranya janji-janji PTPTN dan pendidikan percuma yang tidak ada dalam Buku Jingga. Ia adalah perbelanjaan tambahan daripada prinsip-prinsip Buku Jingga yang mana akan menambah cepatkan lagi kemerosotan ekonomi negara ke arah kebankrapan.
Akibat PRU-13 yang cukup dekat, maka banyak longgokan janji yang tidak munasabah diberikan. Dan pembangkang berasaskan kepada andaian. Antaranya, andaian tentang kerapuhan sistem kerajaan sekarang, andaian tentang keadaan ekonomi yang krisis, andaian negara ini kucar-kacir iaitu tidak ada perpaduan rakyat.
Ini semua adalah andaian institusi negara yang kononnya telah rosak dengan rakyatnya menderita dan hari-hari rakyatnya bergaduh. Malangnya andaian ciptaan ini tidak disertai dengan fakta. Atau pun andaian bahawa sektor pendidikan bakal menghadapi krisis yang maha dahsyat.
Andaian-andaian yang pembangkang berikan sebenarnya adalah andaian ciptaan mereka sendiri.
Kenyataan yang sebenarnya adalah mereka sendiri tidak melaksanakan manifesto pilihan raya 2008 dalam skop yang lebih kecil daripada sebuah negara ke negeri. Di Selangor kalau dilihat, wujud isu pasir, cukai pintu yang naik, air tercemar dan penjualan aset kerajaan negeri yang tidak terkawal.
Di Pulau Pinang, masih banyak isu tol Jambatan Pulau Pinang dan Sungai Nyior yang tidak ditunaikan. Berlaku kenaikan kadar air 25 peratus dan belum dihapuskan pula caj letak kereta untuk hari Sabtu dan Ahad.
Di kedah, belum lagi dipotong elaun Menteri Besarnya, belum berlaku lagi zon industri petroleum dan belum dihapuskan lesen arak di negeri itu. Maka, tak usah cakaplah soal demokrasi yang telus, di tempat mereka sendiri tidak lagi dilaksanakan.
Tidak juga terdapat di mana pembangkang berbicara soal pertumbuhan ekonomi yang tinggi tetapi tidak juga dijelaskan tentang peranan sektor swasta. Dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) contohnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun menjelaskan bahawa rakyat perlu mencipta kekayaan negara melalui peranan sektor swasta berikutan kerajaan tidak boleh membuat kekayaan secara langsung tanpa penglibatan sektor tersebut.
Ternyata, sektor swasta boleh membina kekayaan tetapi itu tidak diperjelaskan langsung dalam mana-mana ucapan dan cadangan pemimpin pembangkang.
Dan kalau diamati tentang andaian pembangkang berkaitan ekonomi. Mereka menyatakan bahawa kononnya berlaku rasuah dan ketirisan sebanyak RM28 bilion. Ya, memang isu negara rasuah itu popular dan 'kalau RM28 bilion itu kita boleh selamatkan, maka kita boleh berikan kepada rakyat'.
Namun, hakikatnya RM28 bilion itu adalah perangkaan Bank Dunia dalam soal ketirisan atau rasuah. Tetapi tidak semestinya berlaku rasuah. Ia ketirisan yang berasaskan kepada pelbagai faktor dan bukan satu faktor.
Ketirisan pertama mungkin disebabkan pengaliran wang keluar akibat daripada pengaliran wang keluar kerana keadaan mata wang jatuh, kerana keadaan turun naik nilai mata wang. Orang bawa duit keluar atau memang betul ada rasuah sebahagian daripadanya atau mungkin faktor-faktor lain kerana tidak ada perincian tentang RM28 bilion ini.
Dan RM28 bilion itu bukan perangkaan setiap tahun. Ia one-off dan mengikut keadaan ekonomi. Bagaimana keadaan one-off RM28 bilion itu jika benar, ia hendak dijadikan pengukuran untuk menampung belanja sepanjang zaman. One-off RM28 bilion kononnya nak menampung untuk perbelanjaan dan kebajikan rakyat sepanjang zaman, maka 'tentulah ia sedap disebut kepada rakyat'.
Kerana itu, 'benda-benda semacam ini' yang diuar-uarkan oleh pembangkang memerlukan penjelasan secara fakta. Banyak sebenarnya perbelanjaan tambahan yang dicanangkan pembangkang di luar janji Buku Jingga. Dahulu, mereka berjanji hendak bagi imbuhan kepada guru sebanyak RM500 sebulan seorang. Dengan itu sahaja pun, RM500 sebulan x 12, 6,000 x 400,000 > RM2.4 bilion. Apakah dalam perkhidmatan awam, cuma hanya ada cikgu?
Relevankah perhimpunan yang ditaja pembangkang Sabtu lepas. Fikir-fikirkanlah.-UMO
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan