Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Mei 25, 2012
Himpunan Jutaan Belia : Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini!
Himpunan Jutaan Belia sempena Sambutan Hari Belia Negara bakal menyaksikan 500 acara dalam 38 segmen, 1000 persembahan dan 24 pentas di sepanjang enam kilometer menjadikan sambutan HBN antara 10 karnival terbesar di dunia.
Himpunan telah masuk tahun ketiga, bermula pada tahun 2010, di mana konsep penganjurannya diadakan secara besar-besaran di Putrajaya.
Bertemakan “Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini ”, sambutan tahun ini menyasarkan kehadiran dan penyertaan seramai dua juta belia hadir iaitu kenaikan sekali ganda daripada pencapaian sambutan tahun lepas.
Pelbagai aktiviti dan acara yang mempamerkan kepelbagaian budaya, kesenian, sukan, rekreasi, kerohanian, keusahawanan dan banyak lagi sebagai manifestasi kepada minat, tenaga dan kreativiti daripada belia.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek memberitahu, beliau menyatakan rasa kagum dengan penganjuran HBN 2012 tahun ini yang semakin menjadi tarikan di seluruh dunia dan hampir menyamai kehebatan karnival di Brazil, Sepanyol dan lain-lain negara yang popular di dunia.
Beliau menyeru dan mengajak seluruh rakyat Malaysia terutama golongan belia untuk datang dan berhimpun di Putrajaya bagi menyemarakkan lagi sambutan HBN 2012 pada tahun ini. Hampir 20,000 sukarelawan disediakan untuk membantu pengunjung dan memastikan kelancaran sambutan.
Salah satu acara yang bakal diadakan adalah pertandingan memancing. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melepas ikan ke Taman Rekreasi Air sempena Himpunan Jutaan Belia. Acara memancing ini akan diadakan pada 27 Mei. Format pertandingan memancing adalah tangkap dan lepas.
Shabery Cheek melepaskan ikan dewasa jelawat dengan berat 3kg
Ketiga-tiga gambar ikan puyu dan kelah yang baru dimuat naik merupakan sebahagian daripada lebih daripada 600 ekor ikan yang akan dilepaskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek di Taman Rekreasi Wetlands di sini bagi pertandingan memancing yang akan diadakan nanti.
Shabery Cheek yang baru sahaja tiba ke jeti pelepasan ikan di sini turut tidak melepaslan peluang untuk cuba memancing di Tasik Wetlands Putrajaya ini.
Shabery Cheek memasukkan cip pengesan pada salah seekor ikan yang akan dilepaskannya.
Shabery dan Shamsuddin masing-masing melepaskan seekor ikan jelawat yang akan menjadi buruan para pemancing pada hari pertandingan yang akan berlangsung pada Ahad, 27 Mei ini.
Bagi memudahkan lebih dua juta pengunjung yang dijangka akan menghadiri Himpunan Jutaan Belia yang akan berlangsung sehingga 27 Mei ini, pihak penganjur telah menyediakan sebanyak 16 kawasan parkir awam percuma berhampiran lokasi aktiviti-aktiviti program itu diadakan.
Kementerian Belia dan Sukan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, parkir percuma tersebut mampu memuatkan sebanyak 5,670 kenderaan pada satu masa.
Kata kenyataan itu lagi, pengunjung turut mempunyai alternatif lain bagi meletak kenderaan iaitu di Putrajaya Sentral dan Presint 9 yang menyediakan hampir 500 ruang tempat meletak kenderaan berbayar.
Pengerusi Jawatankuasa Logistik, Keselamatan dan Kebersihan program, Mohd. Ali Jabar berkata, untuk memudahkan pengunjung menggunakan pengangkutan awam pula, KBS turut menyediakan sebanyak 20 bas bagi membawa pengunjug ke sekitar tapak program.
"Kita menyediakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang terpapar logo 'Himpunan Jutaan Belia' dan ini boleh dinaiki secara percuma oleh pengunjung sepanjang program ini berjalan," katanya.
Jelas beliau, kesemua bas tersebut melalui empat laluan utama dengan kekerapan setiap laluan antara 15 hingga 30 minit.
Ini termasuk Laluan 1: Dari Putrajaya Sentral; Laluan 2: Dari Presint 9 - Presint 11 - Presint 8; Laluan 3: Dari Presint 14 - Presint 16 - Presint 18 dan Laluan 4: Dari Presint 5 - Presint 6
Tambah beliau, 12 buah trem pula turut disediakan bagi membawa pengunjung di sepanjang Persiaran Perdana yang mampu memuatkan 20 orang penumpang pada satu-satu masa.
Orang ramai boleh menghubungi Mohammad Nawwar Faiq Mohamad Noh di 019-3299802 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Masa operasi bagi bas dan trem Himpunan Jutaan Belia:
i. 23 Mei 2012 (Rabu) : 4.00 petang hingga 11.00 malam
ii. 24 hingga 27 Mei 2012 (Khamis - Ahad) : 9.00 pagi hingga 11.30 malam
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan