Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, Mei 20, 2012
Malaun ini tak puas-puas memburuk-burukkan negara sendiri!
Apa sahaja masalah pekerja asing, mungkin ada dalam kepala Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.
Dia tahu apa yang berlaku di rumah, kedai dan restoran yang mengambil pembantu rumah Indonesia. Dia juga tahu akan nasib pekerja Bangladesh di kilang atau premis lain. Hebat sungguh wanita ini. Dia tahu apa yang berlaku terhadap pekerja asing di setiap ceruk negara ini. Walhal banyak perkara yang didengarinya cuma ‘agak-agak’ sahaja.
Kita hormat perjuangan Irene terhadap nasib dan hak-hak pekerja asing sejak tahun 1990-an lagi. Mungkin sampai sekarang pun, dia makan dan tidur bersama-sama pekerja-pekerja asing untuk mendapat ‘laporan eksklusif’.
Sebab itu, dia rasa masalah pekerja asing di Malaysia masih tidak mendapat pembelaan. Dia rasa peraturan yang ada sekarang belum cukup menjamin hak keselamatan dan kebajikan pekerja-pekerja asing di negara ini. Dia mahu pekerja asing di Malaysia tidak diganggu oleh penguat kuasa undang-undang. Biar mereka bebas bekerja. Biar pekerja asing buat sesuka hati tanpa hormati rakyat tempatan.
Irene menuntut kerajaan Malaysia supaya membentuk rangka kerja berdasarkan undang-undang bagi melindungi pekerja asing. Dia mendakwa kerajaan mendiskriminasi pembantu rumah dan pekerja ladang apabila tidak memasukkan golongan itu dalam peraturan gaji minimum yang baru diperkenalkan.
Irene menyifatkan wanita Indonesia yang bekerja dalam sektor pembantu rumah di Malaysia hanya dijadikan sebagai objek eksploitasi, penderaan fizikal, keganasan dan rogol.
Yang mungkin beberapa pekerja asing tidak beritahu Irene ialah, baik pekerja Indonesia atau Bangladesh yang dirujuknya tidak terbela itu sebenarnya sudah mampu mengirim wang kepada keluarga di kampung halaman masing-masing. Ada yang pandai berjimat - sudah mampu membeli rumah, tanah dan kedai di negaranya.
Apa yang Irene nampak daripada pekerja asing ialah majikan dan kerajaan Malaysia tidak bersikap adil kepada mereka. Masalah psikologi, mental dan fizikal yang ditanggung majikan dan rakyat negara ini atas sikap pekerja asing tidak pula diambil peduli oleh Irene.
Senang-senang pada 7 Mei lalu, Irene mengeluarkan kenyataan kepada media di Indonesia bahawa Malaysia bukanlah negara terbaik untuk rakyat negara itu mencari rezeki.
Dalam temu bual berbentuk soal jawab yang disiarkan akhbar Jakarta Post, Irene mendakwa majikan di Malaysia melanggar undang-undang dan terbabit dalam rasuah selain anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) sering menggugut pekerja asing.
Terbaru dalam wawancara dengan Malaysian Insiders, dia dilapor mendakwa pekerja Bangladesh ditindas di negara ini serta pekerja asing sering diugut pihak berkuasa. Berdasarkan hanya dua tiga kes, Irene membesar-besarkannya seolah-olah banyak kes melibatkan rakyat Indonesia atau Bangladesh dilayan buruk semasa bekerja di negara ini.
Mudah sungguh Irene membuat kenyataan tanpa berdasarkan realiti dan fakta sebenar. Kalau benar rakyat negara ini kejam, tak mungkin ramai rakyat Indonesia dan datang ke negara ini untuk mencari rezeki. Irene kena peka terhadap perasaan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa jenayah yang dilakukan oleh warga dan pekerja asing.
Jangan asyik nampak kesalahan kerajaan dan pihak berkuasa negara ini sahaja. Apakah muslihat Irene memburukkan Malaysia di mata masyarakat dunia sahaja? Atau dia hanya mahu timbulkan persepsi buruk terhadap polis dan Rela! Pengarah Eksekutif Tenaganita ini nampaknya keras hati orangnya dan tetap dengan pendirian bahawa Malaysia tidak selamat untuk pekerja asing.
Kalau difahami kata-katanya pada sidang akhbar di pejabat Tenaganita pada 9 Mei lalu, kita tak perlu berlembut dengannya lagi.
“Apa sebab hendak memohon maaf, saya membuat kenyataan yang benar tentang apa yang berlaku, kezaliman dibuat kepada pekerja migran di sini, tidak betul kalau saya mohon maaf, sebab saya tidak salah," kata Irene.
Banyak pihak mendesak Irene dikenakan tindakan tegas kerana kenyataannya itu dikeluarkan tanpa bukti yang kukuh. Tindakannya itu juga telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat negara ini. Tuduhannya terhadap kerajaan, polis dan Rela adalah sangat berat. Apakah Irene juga ada ‘kekebalan’ seperti S. Ambiga?
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan