Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, Mei 24, 2012
KENYATAAN MEDIA DATO’ SRI Ir. MOHD ZIN MOHAMED MENGENAI ISU AIR SELANGOR.
Isu Air Selangor
Seperti yang semua maklum, Negeri Selangor kini mengalami masalah air yang genting disebabkan kadar rizab air di negeri ini hanya tinggal 2.4 peratus sahaja berbanding kadar yang sepatutnya iaitu 20 peratus. Masalah ini dikhuatiri akan berpanjangan sekiranya Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Ibrahim masih enggan memberi kebenaran supaya Projek Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan seperti yang dirancang.
Kajian menunjukkan Lembah Klang akan mengalami krisis air yang serius pada 2014 jika tiada usaha bersepadu mendapatkan bekalan air mentah dari luar Lembah Klang. Pelbagai kajian dilakukan bagi menangani perkara ini dan akhirnya keputusan untuk menyalurkan air mentah dari Pahang diputuskan memandangkan ianya melibatkan kos yang paling kompetetif.
Isu bekalan air di negeri ini sangat serius hingga akan menyebabkan 129 kilang dengan nilai pelaburan RM3.8 bilion dan menjana 12,300 peluang pekerjaan tidak dapat dijalankan. Sejumlah projek perumahan juga tidak dapat dilaksanakan kerana dikhuatiri tidak dapat menyediakan bekalan air yang mencukupi.
Masalah melibatkan air merupakan sesuatu yang serius. Sebagai contoh, negara jiran kita Singapura langsung tidak mempolitikkan masalah air mereka kerana mereka menganggap sumber air adalah satu keperluan asas yang penting sehingga melibatkan ‘national security’. Sebaliknya Kerajaan Negeri Selangor sanggup berdolak dalih malah tergamak menahan kelulusan yang telah diperolehi sebelum ini semata-mata kerana kepentingan politik sempit mereka. Menteri Besar Selangor bukan sahaja sanggup membawa perkara ini ke peringkat antarabangsa bagi meraih simpati malah menabur fitnah apabila menuduh Syarikat yang mengendalikan operasi Air di Selangor sebagai tidak berkeupayaan.
Isu ini juga telah mendapat teguran Tuanku Sultan Selangor. Baginda sendiri bertitah agar isu air tidak dipolitikkan demi kepentingan rakyat Selangor. Masalah ini akan mengancam masa depan Selangor jika tidak ditangani dengan baik. Ini bukan masanya kita hendak bermain politik. Kesanggupan Kerajaan Selangor membatalkan kelulusan yang telah diperolehi sejurus selepas menang PRU 2008 yang lalu menunjukkan sikap hipokrit Kerajaan Pakatan PKR-DAP dan PAS.
Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang hampir siap tidak dapat dinikmati hasilnya oleh Rakyat Selangor kerana kerajaan Pakatan di Selangor mementingkan diri sendiri. Padahal ianya merupakan perkara penting dan air sendiri merupakan sumber utama yang diperlukan oleh Rakyat Selangor. Kerajaan Pakatan lebih suka berpolitik dari memikirkan soal kebajikan rakyat. Mereka lebih takut jika BN mendapat ‘milage’ hasil Loji Air ini sehinggakan Khalid Ibrahim sendiri mengakui bahawa mereka sanggup menggunakan air lombong jika masalah air di Selangor berterusan. Soalnya, bukankah untuk merawat air lombong juga memerlukan kos yang tinggi? Dan, sanggupkah kita menggunakan air lombong yang langsung tidak disalirkan dengan baik?
Tindakan kerajaan negeri bermain politik dalam isu air ini sangat tidak munasabah. Penstrukuturan air, kenaikan harga air dan pembinaan loji pembersihan air di Hulu Langat adalah isu yang berasingan. Khalid Ibrahim memperjudikan nasib penduduk Lembah Klang hanya untuk menunjukkan beliau kononnya prihatin masalah rakyat tetapi sebenarnya menafikan hak rakyat untuk mendapat bekalan air bersih.
Soalnya kenapa projek penyaluran air untuk rakyat Selangor di politikan oleh kerajaan Pakatan? Bukan kah rakyat Selangor baik yang menyokong BN atau penyokong PR sama-sama mendapat menfaat dari projek itu?
Pada saya, sebab utama ialah kerana projek ini merupakan Projek Barisan Nasional. Jadi, kerajaan Selangor tidak mahu meneruskan projek ini. Hasilnya, kerugian adalah kepada Rakyat Selangor.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini meminta kepada pihak media supaya membuat penyelidikan dan temuramah dengan pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi mengetahui betapa seriusnya masalah air ini dan ianya bukan isu politik yang sengaja dimainkan oleh pihak Barisan Nasional. Ini melibatkan kepentingan orang awam dan Barisan Nasional Selangor bersedia untuk memastikan masalah ini selesai jika kami kembali memerintah Selangor selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Sayangi Selangor, Yakini BN
Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor.
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan