Isnin, Mei 28, 2012

Bukti penyatuan belia 1Malaysia!



Kejayaan penganjuran karnival Himpunan Jutaan Belia melibatkan dua juta orang di sini, dalam tempoh lima hari membuktikan perhimpunan besar-besaran boleh diadakan secara aman tanpa kekecohan dan kekerasan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, orang ramai boleh menilai perbezaan antara Himpunan Jutaan Belia yang diadakan secara aman dengan perhimpunan Bersih 3.0 yang dicemari insiden keganasan.

"Walaupun perhimpunan belia diadakan di Putrajaya pada skala yang amat besar, tetapi kita tidak nampak pun ramai polis yang berkawal di tapak-tapak karnival.

"Keadaan ini adalah berbeza dengan suasana perhimpunan Bersih 3.0 yang dihadiri kira-kira 20,000 orang tetapi dipenuhi dengan kejadian yang tidak baik," katanya kepada pemberita selepas melawat gerai-gerai makanan di tapak aktiviti Himpunan Jutaan Belia di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu orang muda bahawa rusuhan jalanan, membaling batu, menendang anggota polis bukan amalan demokrasi yang sebenar sebaliknya merupakan demo crazy (gila demonstrasi).

Najib turut mengingatkan para belia supaya tidak termakan dengan hasutan, fitnah dan ucapan-ucapan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.-UMO

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: