Jumaat, Mei 11, 2012

Live dari Stadium Bukit Jalil : Lautan manusia menyambut hari ulang tahun UMNO yang ke-66...Hidup UMNO...!!!


Dijangkakan lebih 100 ribu ahli-ahli UMNO memenuhi Stadium Bukit Jalil sekarang bagi menyambut hari ulangtahun UMNO yang ke-66.


DS Najib Razak sedang memberikan ucapan di hadapan lebih daripada 100,000 ahli UMNO yang berada di Stadium dan jutaan lagi ahli dan penyokong UMNO yang menonton secara langsung di dalam TV.

Ucapan Najib Razak kali ini sangat bersemangat dan disahut dengan gamatnya di dalam Stadium. Beliau membandingkan perhimpunan raksasa UMNO yang berjalan dengan aman di dalam Stadium, tidak seperti sesetengah pihak yang mahu berdemo dijalanan walaupun telah diberi lokasi yang lebih praktikal iaitu di dalam stadium.

Sepertimana yang sedia kita maklum tindakan pihak tersebut hanya bermotifkan untuk mewujudkan suasana huru-hara seperti yang telah kita saksikan baru-baru ini di Kuala Lumpur!

Akibat stadium yang penuh, dianggarkan lebih 10,000 terpaksa mendengar ucapan Presiden UMNO dari luar stadium.








Pendayung sudah ada di tangan, perahu sudah di air dan marilah kita bersama-sama dengan penuh semangat, sebagai patriot bangsa dan negara, menjamin kemenangan yang besar kepada UMNO/BN dalam PRU ke-13 nanti. Hanya Allah S.W.T yang menentukan segala tetapi ikhtiar dan usaha mestilah di pihak kita.

Selamat menyambut hari ulang tahun yang ke-66 Penubuhan UMNO. Semuga UMNO kembali menjadi lebih kukuh dan mantap dari sebelumnya. Para pemimpinnya lebih insaf, ahli-ahlinya lebih berusaha dan bersatu hati bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO. Rakyat perlu diutamakan serta di bela sepenuhnya. InsyaAllah.

Terima kasih UMNO kerana menjadikan Malaysia lebih dari apa yang dijangkakan.

HIDUP UMNO DULU,KINI DAN SELAMANYA..
Salam perjuangan.

Sumber gambar : Pisau.net, MiM, Politik Harian

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: