Khamis, Mac 27, 2014

#MH370 Hari Ke-20: Pesawat SAR patah balik kerana cuaca buruk?


Hari ini memasuki hari ke-20 operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi. Namun pesawat terpaksa patah balik kerana cuaca buruk. Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah membuat kenyataan tersebut melalui akaun Twitter mereka. Bagaimanapun, kapal-kapal yang berada di kawasan tersebut dibenarkan meneruskan operasi mencari.

Menurut laporan Bernama, terdapat 11 pesawat dan 5 buah kapal yang sertai operasi pencarian hari ini. Pesawat yang digunakan dalam misi ini telah diarah untuk kembali semula ke Perth dari kawasan mencari yagn dipercayai lokasi pesawat MH370 berakhir. Kapal masih lagi teruskan pencarian.

“Ramalan di kawasan itu mendapati terdapat ketulan ais, angin kuat dan jarak penglihatan hampir sifar,” pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat yang bertangungjawab ke atas pesawat P8 Poseidon, Leftenan Komander Adam Schantz memberitahu Reuters.

Operasi pencarian dibahagikan kepada dua kawasan yang meliputi 78,000 kilometer persegi, di selatan Lautan Hindi.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: