Isnin, Mac 24, 2014

Ahli Parlimen Shah Alam sakit jiwa : Khalid Samad cemburu sambutan hebat majlis selawat?


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mungkin kurang senang dengan kehadiran ratusan ribu umat Islam dalam majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Putrajaya kelmarin sehingga terpaksa memperlekehkan penganjuran majlis itu.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim berkata, beliau difahamkan, ramai ahli dan penyokong Pas turut serta dalam majlis selawat itu tetapi hanya sebilangan kecil datang ke perhimpunan Reformasi 2.0 anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Kajang yang berlangsung pada waktu yang sama.

Katanya, kumpulan penyokong Pas itu memilih majlis selawat kerana berasakan program berkenaan amat baik berbanding program tidak bermanfaat untuk kepentingan seorang individu yang diadakan di Kajang.

"Saya ingin bertanya kepada Khalid, adakah beliau cemburu kerana ramai penyokong Pas hadir di majlis selawat yang diadakan di Putrajaya tetapi tidak ramai hadir dalam program di Kajang pada tarikh sama?

"Saya ada berbual dengan beberapa pemimpin PKR dan Pas di sebuah kedai sate terkemuka di Kajang pada masa itu. Mereka berikan alasan penyokong tidak ramai datang kerana ada urusan kerja sedangkan cuaca amat baik pada hari itu," katanya di sini hari ini.

Semasa berceramah dalam perhimpunan Reformasi 2.0 di Kajang kelmarin, Khalid berkata: "Mahu berselawat kepada nabi memang digalakkan dan baik tetapi tidak memadai dengan hanya sekadar menyatakan kasih kepada rasul tetapi pada masa sama mempertahankan pemerintahan yang zalim, rasuah dan korup."


Sementara itu, Zamil turut membidas Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor itu kerana mempertikaikan penganjuran majlis bercorak keagamaan tersebut yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Kita hendak tanya Khalid adakah beliau dan sebahagian pemimpin pembangkang sahaja orang Islam tulen. Kenapa apabila Perdana Menteri dan isteri buat kebaikan, semuanya tidak betul.

"Kenapa hendak pertikai orang buat kebaikan. Saya anggap ini satu perbuatan biadab dan sangat tidak beretika apabila mempersoalkan orang buat kebaikan," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas), Hafizam Harun menyelar Khalid dan mempersoalkan apakah hak Ahli Parlimen Shah Alam itu untuk mempertikaikan penganjuran majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul.

Katanya, Khalid mungkin iri hati apabila melihat UMNO menganjurkan program keagamaan kerana bimbang akan menarik sokongan penyokong Pas kepada parti terbesar orang Melayu dan Islam itu.

"Kita tengok pada malam majlis selawat perdana itu, pembangkang buat perhimpunan untuk memburuk-burukkan kerajaan di Kajang dan sibuk berkempen untuk pilihan raya kecil kawasan itu.

"Apa salahnya, jika mereka bawa umat Islam yang datang dalam perhimpunan di Kajang untuk bersama-sama meramaikan majlis selawat perdana di Putrajaya," katanya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: