Sabtu, Mac 22, 2014

#MH370 Hari ke-15: Komunikasi 54 minit terakhir didedahkan?


Komunikasi antara pesawat MAS MH370 dan menara kawalan pada 54 minit terakhir telah didedahkan.

Transkrip komunikasi tersebut menunjukkan komunikasi juruterbang dengan beberapa pengawal trafik udara bermula dari masa berlepas dari KLIA sehingga kedudukan terakhirnya beberapa puluh ribu kaki di atas Laut China Selatan.

Penganalisis berpendapat terdapat dua perkara yang menonjol yang dipercayai menunjukkan pesawat itu disabotaj.

Perkara pertama ialah mesej dari kokpit pada 01:07 yang merupakan ulangan mesej yang disampaikan enam minit terdahulu.

Apa yang menimbulkan persoalan ialah peranti isyarat pesawat ACARS dipadamkan 30 minit selepas mesej ini disampaikan.

Adakah ini satu petunjuk daripada kokpit?

Perkara kedua ialah penyerahan kawalan trafik udara di Kuala Lumpur kepada petugas di Ho Chi Minh.

Penyiasat berkata ini merupakan masa yang amat sesuai untuk merampas pesawat tersebut kerana ini ialah satu-satunya masa pesawat mereka mungkin tidak dapat dilihat buat seketika dari bawah.

Transkrip ini belum disahkan oleh pihak MAS, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan pejabat Perdana Menteri.


Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: