Isnin, September 02, 2013

DAP memang patut dihapuskan dan 'Telan Bangkai Kucing' kerana kuat MENIPU dan RASIS?


Guan Eng Tuduh Filem Tanda Putera Strategi Untuk Hancurkan DAP!

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh filem Tanda Putera yang ditayangkan pawangan sekarang ini adalah strategi kedua untuk menghancurkan parti itu.

Kerajaan Barisan Nasional dituduh beliau sengaja menayangkan filem itu untuk membangkitkan isu perkauman terutamanya babak seorang pelakon tambahan daripada pejabat bekas Menteri Besar Selangor semasa kejadian 13 Mei itu.

“Pengarah filem ini mengakui, ia semata-mata sebuah tayangan wayang gambar biasa, tetapi penggambaran itu ditaja oleh kerajaan dan ini menunjukkan BN mahu menimbulkan semangat perkauman,” ujarnya.

Dakwaan Guan Eng itu dilaporkan dalam akhbar Sin Chew Daily bertarikh 26 Ogos 2013 yang turut dipetik Utusan Malaysia.


Guan Eng turut mendakwa BN telah mengatur beberapa strategi untuk menghancurkan DAP setelah mendapat undi rendah daripada kaum Cina dalam Pilihanraya Umum ke-13 ( PRU 13 ).

Strategi pertama dakwa Guan Eng adalah mewujudkan penentangan terhadap ketua dari dalam DAP. Ia merujuk terhadap pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September ini.

“Kita risau ada sesetengah orang, di luarannya seperti memakai logo dan lencana DAP, tetapi jiwa mereka bersama Barisan Nasional (BN).

““Ini termasuk orang-orang yang membuat aduan kepada pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya.


Menurutnya, serangan paling hebat terhadap DAP itu telah menyebabkan parti itu dipaksa ‘menelan bangkai kucing’.

“DAP tidak boleh ambil risiko dan perlu mengadakan pemilihan sekali lagi untuk selamatkan parti. Isu yang lain-lain pula, perlu diselesaikan satu persatu.

““Bagi mengalihkan pandangan ramai terhadap perkara ini, maka dipergunakan taktik politik dan salah satunya melalui ROS yang mengeluarkan arahan tidak wajar dan tidak patut agar DAP mengadakan pemilihan sekali lagi, untuk menghancurkan parti itu,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan DAP selama 40 tahun tidak mudah untuk dihapuskan dan sehubungan itu menyeru semua perwakilan di seluruh negara agar bersungguh-sungguh tampil pada pemilihan semula itu untuk ‘menyelamatkan parti’. Sila baca di sini.


Tambah beliau, langkah dan taktik ketiga BN adalah melaksanakan pendidikan satu aliran dengan tujuan dan matlamat terakhir mereka ialah mahu menghapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Sementara itu, bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman dilaporkan Utusan berkata, Guan Eng sebenarnya khuatir filem Tanda Putera akan mendedahkan fakta sebenar kepada generasi muda hari ini mengenai punca sebenar berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

“Mereka tidak mahu generasi sekarang tahu siapakah punca kejadian itu berlaku. Mereka sepatutnya tengok dahulu filem ini dan baru komen,” katanya


Filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang sepatutnya ditayangkan pada 13 September 2012 ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

Namun, apabila Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia beliau telah meluluskan penayangan filem tersebut.

Filem Tanda Putera mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969.

Selepas itu filem itu telah mencetuskan kontroversi selepas Guan Eng melarang tayangannya di Pulau Pinang kerana mendakwa terdapat babak yang berbaur perkauman.


Walau bagaimanapun, Guan Eng kemudian menyatakan beliau tidak pernah menghalang tayangannya sebaliknya hanya menasihatkan pengusaha panggung wayang di negeri tersebut berbuat demikian.

Mohamed Razali berkata, Guan Eng juga tidak wajar menuduh filem berkenaan mengandungi unsur-unsur fitnah dan babak sensitif memandangkan beliau belum menonton filem berkenaan.

“Belum tengok tetapi sudah kata filem ini rasis. Kalau mahu, saya boleh bawa mereka tonton filem ini. Saya baharu sahaja tengok filem ini dan bagi saya, setiap rakyat Malaysia wajib menonton filem ini terutama generasi muda,” katanya.-UMO

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Unknown berkata...

ORANG KALAU DAH BUAT SALAH MEMANG TAKUT DENGAN BAYANG2 SENDIRI.....INILAH BUKTINYA...GUAN ENG TAKUT DENGAN BAYANG2 SENDIRI....